Pages

Thursday, May 12

Port Untuk Mencari Kekasih.

Harini teman sebilik aku yang separa ok dan kadang-kadang tak ok langsung dok tanya aku pasai belog aku dan cara nak cari jodoh sebab dia punya usia sudah lanjut..

So kat sini sambil bagi tau dia kat sebelah aku nih aku nak share dengan hampa semua tempat mencari kekasih..

1- Di Hospital.


Di hospital bukan saja kita boleh tengok pesakit masa nak melawat tu tengok2 la yang mengubat pesakit serta anak pesakit yang dok katil sebelah mahupon di bilik mayat. Kompem dapat. Tak pecaya? Member aku dah dapat dah jodoh masa tengok aku demam denggi hari tu.

2- Di Job Interview.

Yang ni boleh gak cari, tambah-tambah kalau time tu nak interview mesti suma pakai lawa-lawa, sendat sana sini, muka mesti diletak barangan maybeline dan olay whitening untuk nampak gebu walaupon tangan tetap hitam dari muka.

3- Di laman sesawang.

Sekarang laman sesawang ni menjadikan pertemuan dua dunia yang mana sudah sampai ke pelamin dah, kena pandai ayat dan gambar mesti 100% di photoshop dengan baik sekali.

4- Di Dalam LRT Atau Pengangkutan Awam.


Yang ni boleh di buat bini, yerlah, hari-hari naik bus atau Lrt yang sama, turun pi kat stesyen yang sama, kalau dah hari-hari jumpak cuba la adjust sikit tanya dok mana ka, nama ka..takpon mintak no talipon teruih.

5-Di Gymnasium


Yang ni aku tak berapa nak bagi sangat, tapi kalau anda orang berduit dan selalu ke selebriti fitness tu bole la try adjust awek yang rajin menjaga solid molid diorang di sini, cukup rupa paras mak datin pon anda boleh dapat, janji badan sasa, muka jambu..

6- Di Kapal Terbang

Ni memang agak sempoi, banyak filem luar negara yang buat adengan mencari pasangan di atas kapal terbang, filem malaysia belom lagi sebab budget tak cukup, maybe Dania pon belom temu jodoh di atas kapal terbang.

7-Di Lift.


Yang ni port yang selalu di guna bagi penduduk apartment dan kondominium malah oleh geng pejabat yang berada di tingkat ke 5 dan ke atas, mungkin boleh berhai-hai tiap pagi, jeling-jeling mata dan sebagainya.Pastikan mulut dan badan anda wangi.

Jadi di sini beberapa tempat yang aku rasa agak ok untuk cari kekasih dan bertemu jodoh, mana tau kan? Orang di depan mata tu jodoh anda? So, selamat mencuba.

2 comments:

hana said...

erm...
leh try pasni..
kt sepital paling bes..
nak carik doktor..

Encik Amie said...

hahaha..cubala.