Pages

Monday, April 18

Skandalisme.

Skandalisme, atau perkataan yang lu orang senang nak paham sikit adalah skandal, pernah dengaq? pernah buat? Maksud skandal dalam bahasa indonesia adalah perbuatan yang sangat memalukan dan menjatuhkan martabat sesetengah pihak yang buat menatang jahat nih kalau dah terkantoi, kalau tak kantoi tak la jatuh lagi martabat tu,kira skandal ni sempoi gak coz dia ada undang-undang macam kesalahan tata tertib dan keselamatan jalan raya yang lain.

So ni ada beberapa definisi yang gua pernah tengok baik dari segi mentaliti lelaki dan perempuan, bagi gua, memang dedua kelakuan yang agak menyakitkan hati, membuatkan mulut nak maki saja.

Nak tau apa yang gua nampak ngan usha? Bagi perempuan nih kalau berstadi di pusat pengajian tinggi awam dan kat kampong dia ada simpan jantan yang dikatakan boipren dia yang dah menjangkau 3 tahun berkapel dan membuka kedai burger, dia akan pasang gak jantan di pusat pengajian disitu. Gua dapat tangkap mangsa ni ketika gadis ni,musibat tu,dan rakan gebu gadis ni yang datang ke tempat gua kerja di siber kafe.

Tengah-tengah gua kira duit dalam peti cash gua hasil kumpul haritu, gadis tu datang kat kaunter seraya memandang gua dan membuat aksi separa lentik, "abang, bukok hok pc nombor 32 tu bang, main dulu ye...gua pon letak duit dalam laci, kelik-kelik terus on gadistu punya pc, then gua pon apa lagi, tengok pc pon agak lengai dengan keadaan yang kerusi berteraboq akibat budak-budak yang main pandai letak kerusi kat tempat dia balik tak pandai, gua la yang kena susun, so sambil susun tu gua lap la sikit habok-habok dan tumpahan air kat meja komputer tu sekali,sambil tonyoh punya tonyok, gua dengar gadis lentik tadi berkata kat si musibat nih, u..tolong topupkan kat henpon orang jap, nak call diana la, nak tanya artikel apa nak kena cari untuk masuk dalam projek kitorang tu, so mamat ni macam kena pukau pi la beli, tinggal lah si rakan gadis lentik tu tadi, so dah tinggai depa 2 orang, gua dengar dia cakap, eh tina, ko tengok jap kot-kot si khairul tu datang balik, aku nok hantor email jap kat si Amin boifren aku kok kampung nuuu..apa lagi, muka cuak member dia pon timbul la, eh..sejak bila hang ada pakwe, aku ingatkan pakwe hang si khairul tu, siang malam hampa dua orang ja keluaq, bukan hebari aku kenai hang, dah 3 tahun kat sini aku kenai hang,baru harini hang bagi tau kat aku..aloh tina,aku boring dok kek sini,lagi pon semua laki suko tengok aku, pewit-pewit kat aku, aku pon kadang-kadang gersang gak tengok tino-tino kat tempat kito ngaji tu keluo naik moto ngan jatey lain, aku kan hot, senang la aku nak tackle, ala,takyah tackle dah dapat dah, apa la hang nih, tak baik hang buat camtu,..

Aku dengan agak jahat hari tu, puff,amik baldi kecik dan kain lap meja komputer tadi tu terus menuju ke kaunter, macam biasa, Siber Kafe aku keja ni amat mementingkan hak asasi manusi yang guna pc kat sini, jadi kena pantau apa-apa website yang kurang elok di mata masyarakat kat situ, jadi kat kaunter aku boleh tengok apa yang dibukak oleh pengguna kat sini,apa lagi, aku tengok minah ni balas email yang pakwe dia kat tempat tinggal dia tu hantar yang berbunyi, Ayang sihat ko, dah makan? Abang harap ayang sihat di samping rakan-rakan tersayang, jangan lupakan abang ye, belajar rajin-rajin, nanti dah kerja besar-besar cepatla kita naik pelamin, abang dah cukup dui simpanan dah ni, orang yang kerja dengan abang pon dah ramai, dah bukak 3 store burger dah kat pekan kita ni, i miss u so much sayang"..pergh,jiwang gak ayat mamat tu, tapi sikit ja la aku bagi, yang panjang-panjang lagi aku dah lupa tapi ayat dia lebih kurang camtu..si gadis lentik ni jawab, Ayang pun rindu kat abang, ayang sayang abang sorang ja tau, janganlah risau ayang kat sini, ayang okay saja, cuma kadang-kadang tu tak sempat balas email sebab bz dengan stadi bang, bagusla kalau abang dah cakap macam tu, nanti cepat-cepatla kita kawin, eh..henpon ayang yang abang cakap nak hantar tu bila,kalau hantar lewat-lewat pon takpe, lagi pon kita boleh email-email ja kan, henpon ayang haritu memang dah rosak teruk dah, tu yang kadang-kadang abang call tak dapat tu..pergh..menyirap gak darah gua baca..haha..awat menyirap? Pasai apa gua menyirap, tadi kan gua cakap gadis ni suruh musibat tu pi topup,dah tu masa dia mai suh buka pc tu henpon Nokia Sabun kat tangan dia tu siap ada bling-bling lagi dengan macam keychain patong apa tah, lupa dah aku..ada ka dia tipu pakwe dia yang nombot satu tu...tup-tup si musibat ni mai la, so sampai situ saja semua cerita aku berakhir, sebab lepas tu gadis lentik terus sent email dan tutup seraya buat muka sweet plak tu..menyampah pulak aku...

Gambar Hiasan-sekadar perelok budi bicara
sahaja..

Ini kisah benar yang tidak ada yang lain selain benar belaka, cuma keadaan tempat dan situasi aku ubah sikit untuk menyedapkan jalan cerita, oh ya..kadang-kadang skandal ni sebenarnya untuk lelaki dan wanita nak berasa sedap gak..kan2? Sedap kot bercinta, tapi bila dah putus terus yang sedap jadi Dap ja kat dada cam kena hempap ketoi bata.

Nanti gua cerita bagi pihak laki-laki pulak. Takkan pompuan ja salah ye dok?

No comments: