Pages

Sunday, April 17

Gadis Dan Tracksuit.

Fesyen paling takleh belah bagi aku bila gadis berkabung dengan tracksuit.

Sebab apa? Sebab dah berlambak gua jumpak di tepi jalan, atas motor, shopping kompleks, kalau kat market tu beli ikan ka,daging ka, sayoq kailan ka,sawi ka..tak la gua kesah, ini pi shopping pakai tracksuit..



Pakai tracksuit pulak dengan bawak beg sandang keluaran siam perot hijau tu, dah tu apa lagi, dengan sejadah yang saiz kelebarannya sampai ke pinggang di lilit sampai boleh tutup leher saja, baju pulak V neck yang boleh menampakkan dada gebu lu orang,tu gua tak masukkan lagi baju saiz adik lu orang yang darjah 3 kat sekolah rendah kebangsaan tu lagi yang dijual di butik Telinga Kera,Mempelam,Sarung Tangan Tubuh Badan,Selamanya Dua Puloh Satu. Sambil tu dah badan saiz L pakai pulak seluar saiz M, memang akan nampak seluaq kecik punya line kat bontot kejap lu orang tu,tu tak nampak camel toe segala bagai lagi bila lu berjalan..mualalah nak cover-cover dengan sweater Padiani lu orang tu. Dah la muka dah letak tepung gomak banyak2, lepastu lu orang gamkan bulu mata palsu, letak gincu cap Avon tu lagi dah merah bak lampu belakang kereta nenek gua..

Nak berfesyen tu boleh, tapi biarla kena dengan tema dan tempat, kalau baju dan tudung tu dah elok, apa kata pakai kain yang design ikaan karin ka,ikan kekek mak iloi-iloi ka, ikan gelama ikan duri ka, takda la si Hana Tajima tu nak marahkan lu sebab copypaste dia punya fesyen..kalau kat rumah ok lah, senanng pakai untuk tidor, ini lu keluaq shopping dengan kengkawan pakai seluaq tracksuit, kasut crocs, baju plak sweater, tshirt tulis Saya Sayang Mak Saya tulisan jenis Arial Saiz 54. Sebatu dah boleh nampak kesayangan lu pada mak lu, tapi jangankan sayangkan mak.Tapi sebab sayangkan boipren plak lu orang tak mengikut kesesuaian di tempat awam. Sakit mata betol la..atas lawa, bawah haprak. Sakan sangat fesyen macam tu sekarang nih, tu sebab gua punya kengkawan selalu cakap kalau fesyen camni boleh dikategorikan lu orang sebagai penjenayah fesyen...



Gua tau lu orang memang gemar berfesyen, tapi kalau pakai macam ni kan bagus,takda la lu orang macam badut jadinya atas kepala kaler pelangi, kat badan pon macam pelangi, mai tang bawah sangat potong bila bertracksuit jenis kain plastik tuh.


Tracksuit pon sejenis feyen jugak okeh, jadi lu orang kena la pandai gunakan fesyen tu, bukannya fesyen yang gunakan lu orang, fikir-fikirkanlah.

3 comments:

Ema Washif said...

wakkakaa...lawak..ikan kekek mak iloi iloi..hahaha!

✖[Hanji℮chan N℮kℴ]✖ said...

hoho..x minat la suar tracksuit ni..ase nye pkai time nk bersukan kat skolah dolu2 jek..skang da luput da dlm kamus idop..keh3..

Encik Amie said...

ema: haha,tau ka lirik lagu 2.
Hanjie: jd skrg pkai boxer ka?