Jadi ada teringin dak nak tengok video game yang pertama kali dibuat sampai video game yang diguna pakai oleh semua kaki game sampai ke hari ini??
Kalau nak tengok evolusi game konsol nih memang sangat menarik perhatian, taukah hampa semua yang dok kelebek apa aku merapu ni yang game ni ada 70 jenis setakat ke hari ni daripada dulu lagi...berapa sangat yang hampa penah tengok jenis-jenis game yang ada nih?
Jom aku nak cerita sikit..mungkin entry kalini akan sangat panjang dan mungkin akan ada part kedua.
1967
Brown Boxed (1967)
Ni adalah video game pertama yang dibuat sebagai prototaip kepada video game yang dok ada la nih.Diinspirasikan daripada seorang geek pada ketika itu bernama Ralph H. Baer iaitu dia ni merupakan "Bapak Video Game" atau dalam bahasa orang minangkabau sekolah kat sekolah orang puteh di panggil "The Father Of Video Game". Dia lah yang mula-mula buat konsol game ni daripada bentuk dalam gambar di atas sampailah boleh disambung atau diconnect terus kepada televisyen kita, dulu tak banyak game yang ada, ada 6 jenis game saja pada masa tu terdiri daripada jenis pingpong,tenis,handball,volleyball,chase, dan game tembak-tembak yang pakai senapang tuh.
1972
Demontrasi si bapak video game nih bermula pada tahun ni dengan konsol prototaip game yang dibuat tuh yang dinamakan Brown Box tu dah boleh diguna pakai selepas di bagi lesen oleh Magnavox dan prototaip tu dapat dihasilkan menjadi game yang sebenar-benarnya la, jadi kalau tak di bagi lesen mungkin era game pada masa sekarang ni takkan jadi macam apa yang kita ada la nih. Lepas dah dapat dihasilkan, game pertama adalah dipanggil sebagai Magnavox Odyssey, pada masa tu yang tak best pasai video game ni sama macam dalam filem Charlie Chaplin la..gambaq ada, tapi suara bisu, jadi untuk video bagi game ni gak kita boleh andaikan yang dia ni pon agak bisu jugak.
Magnavox Odyssey (1972)
1975 – 1977
Pada tahun 1973 game yang sangat popular pada masa tu adalah game dari jenis Atari Arcade Pong dan dalam masa yang sama Atari ni memutuskan untuk buat jugak game untuk konsol rumah tu, kalau nak tau Atari Arcade ni adalah game yang sering kita main guna tokken tu..dan pada tahun 1975 Atari ni dah buat konsol game untuk bolehkan peminat game ni main dirumah dan bermulalah era baru zaman game tu, jadi dalam masa yang sama Magnavox Odyssey ni berasa macam depa kena reboot balik game depa tu dan buat bagi power dan mulalah muncul konsol game yang di bagi nama Magnavox Odyssey 100 dan 200. Dari tahun 1976 sampai 1977 siri-siri game Magdavox ni hanya dibuat dengan menaik taraf dia punya ciri-ciri video grafik dia untuk nampak lagi elok dan mengubah suai sikit dia punya desain konsol game dia bagi gempak sikit dan game dia pon masih sama macam mula-mula direka. Dan begitulah sehingga sekarang sampai keluaqnya video game daripada Nintentdo yang sangat popular tuh..
Magnavox Odyssey 100 (1975)
Magnavox Odyssey 200 (1975)
Coleco Telstar (1976)
Fairchild Channel F (1976)
Dan banyak lagi konsol-konsol game ni sampai yang paling baru sekali Playstation Move, kalau ditengok balik memang sangat ketara dia punya konsol nih sampai yang kita tak pernah tengok pon ada, jadi pada yang teringin nak tau dengan lebih lanjut boleh klik kepada link di bawah nih, kompem gempak habis.
Via Hongkiat.com
No comments:
Post a Comment