Pages

Sunday, April 24

Cermin Yang Lain Dari Lain.

Bangun tidor, tengok cermin, lepas mandi tengok cermin, nak sikat rambot tengok cermin, bak kata orang satu hari mesti kena tengok cermin gak la.

Dalam hidup ni cermin pon ada kepentingan tersendiri, tapi bila kita tengok cermin yang lain dari lain, mesti akan rasa lain jugak perasaan nak tengok tu, mungkin dari rutin harian yang sehari sekali ja kita dok pakai cermin tu akan jadi 3 kali kita akan guna sehari habiskan masa kat depan cermin.

Cermin yang aku nak share ni memang lain sikit dari cermin di rumah tak kira yang ada di dalam bilik air ka, dalam bilik ka, tak pon cermin yang ada di dinding ruang makan rumah kita.

Cermin Pisau Cukur




Cermin ni hasil ilham daripada Phil Sims di mana dia kata cermin ni merupakan cermin yang terbaik untuk kita gunakan untuk bercukur, aku taktau la terbaik macam mana, mungkin cermin ni terlalu perfect yang boleh kita tengok betoi-betoi bahagian mana yang belum perfect di cukur lagi di bahagian muka kita nih, ukuran cermin ni adalah 700x380mm.

Cermin Papan Selaju


Cermin ni mungkin boleh diguna oleh geng skaters kat luaq sana yang pentingkan ciri-ciri papan selaju ni dirumah.

Cermin Polaroid


Yang kaki photography tu boleh pakai cermin nih, nih bukan sekeping gambar polaroid biasa, tapi sekeping cermin yang diubah macam kertas gambar polaroid.

Cermin Skrin Sesentuh Ber"MP3"


Aku rasa mesti ramai penyanyi-penyanyi karaoke jamban kat luaq sana akan beli cermin nih yang boleh dicucuk dan buatkan anda menyanyi tak henti-henti di dalam bilik ayaq tu, nak tau lebih lanjut boleh klik kat sini. Tendir.com

Cermin Police Mug Shot


Cermin ni digunakan syarikat teksi bernama Rikkis,kiranya kalau sesapa yang memandu dalam keadaan yang merbahaya mungkin takkan balik rumah dengan elok dan mungkin menjadi pesalah dan dimasukkan ke lokap dan perlu ambik gambaq macam dalam cermin nih. Memang sempoi, ramai orang baik nak amek gambaq macam ni tapi disebabkan kena jadi penjenayah dulu orang ramai lebih suka ambik gambaq di tepi tembok, belakang lorong dan sebagainya.

Cermin Tak Cukup Inci.


Cermin ni lain sikit dari cermin untuk ukur ketinggian kita tu, disebabkan takdak kiraan dalam centimeter,kaki,inci dan sebagainya, cara mengukur di tukar kepada saiz ketinggian artis luar negara, pastikan anda kenali artis yang sama tinggi dengan anda tu atau boleh saja masuk google.com.

Tengok cermin teringat cerita Snow White, dengaq kata cerita tu nak masuk panggung gak, tapi tarikh aku tatau la.

2 comments: