"Selamat pagi encik, kami daripada Astro nak bertanya adakah encik pernah memasang piring kami yang spesies mangkuk tu di atas bumbung rumah encik, yang ni memang sama macam kuali hitam didapur rumah encik,pasal piring yang warna silver tu kami dah tak guna dah? " tanya kawan yang tak reti nak bagi salam dengan habaq nama kat aku, aku jadi panaih..
aku balas, "Maaf encik, saya ni mana mampu nak pasang benda camtu, mahai kot, nak letak bawah katil pon pikiaq 2-3 kali gak,jadi buat masa ni saya ingat saya tak berminat kot".
"Oh, encik tak payah risau, sebab kami ada buat promosi di Astro ni yang mana encik hanya perlu bayar sebulan Rm37 sahaja sebulan", kata ejen Astro tu kat aku.
"Buat masa ni saya tak berminat nak pasanglah encik, pasai tv kat rumah saya pon rosak, dah tak larat nak pukoi dah tv tu, la nih saya letak tv tu kat tepi katil saya ja buat habuan letak baju-baju yang saya dah pakai", jawab aku.
"Kalau macam tu, saya minta maaf sebab menganggu encik ya, tapi kalau ada apa-apa encik boleh terus hubungi ejen Astro berdekatan untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemasangan Astro ni."
aku apa lagi jawab la "sama-sama.". Tit.tit.tit. bunyi panggilan diputuskan.
Dok 2-3 hari lepas tu plak
**********
Wei abang, jom kita pasang Astro kat rumah, TV LCD baru aku beli nih pakai Air(sebut dalam loghat Sik,Kedah)-Ria(sebut dalam BM baku) dalam rumah mana gambaq elok, hang tengok ada bintik-bintik tu..tadi aku tanya dah, nak pasang mau kena RM200 gak la. Hang ada duit dak?
"Ish.."aku kata dalam hati, "kalau aku layan kawan tu haritu, mungkin leh dapat pasang free."
1 comment:
call direct 2 astro..mmg free.. p ade tambahan rm20.. contrct 12 bln.. xyah tukar ar.. astro nie byk masalah =P
Post a Comment