Pages

Thursday, April 21

Amaran Kepada Pengguna iPhone.

Hahahaha..serius kan title entry kali nih. Tapi memang agak serius gak la aku rasa khas untuk pengguna iphone yang sudah update kepada 4.3 punya iOS.Tak kira la 4.3.1 ka 4.3.2 ka, janji starting dia 4.3.


Ini kerana iPhone anda sedang merekodkan data-data tentang tempat-tempat yang telah anda pergi termasuk kalau kejamban sekalipon anda sedang diperhatikan, tak pecaya kan? tapi tulah hakikatnya bila ada 2 saintis telah berjaya menemui apa yang telah dibuat oleh iPhone dan Apple.

iPhone tu bukan saja tau lokasi anda berada tetapi jugak merakan setiap lokasi yang telah anda pergi, dan yang paling setail lagi, tiap kali iTunes dibuka, semuanya akan di simpan di situ dan didalam cakera keras komputer mahupon laptop anda, ini jugak terjadi kepada iPad punya pengguna.


Ada lagi yang paling serius, dia bukan simpan data,sebaliknya gambar semacam google maps tu, tau dak google maps? kalau taktau try search kat mudah.com.my mesti jumpak.



Jadi kalau hampa nak tau lebih lanjut aku akan bagi link kat hampa di hujung entry nih nanti, serius aku gelak gak la tengok menatang nih, ni boleh membuatkan masalah rumah tangga goyah dan sebagainya, termasuk pihak polis pon boleh tau kemana anda berada jika anda tipu ketika di mahkamah,setail gila. Anda mungkin kantoi jika girlfriends anda memasukkan satu applications nih ke talipon anda dan dia akan tau kemana telah anda pergi.

Bagi yang nak tau apa yang dirakam oleh henpon tu, ada satu software atau applications yang dinamakan sebagai iPhone Tracker, yang ni free. boleh download tanpa tidak memikirkan soal kat kredit.Untuk yang sudah jailbreaks aku taktau la pulak camana. Try dulu pakai applications tu kalau nak tau.

Sila lawati dan klik kat sini website Digital Trends.

4 comments:

Unknown said...

lol.. i follow your blog

mizan said...

tq. Jum gelak lg.hahahaha

nama said...

karut kot. aku rasa kau dapat info dari orang yang paranoid lah amie.

mizan said...

haha.itu aku tatau, tapi depa kata dah test kat android gak dan tak dapat apa-apa jawapan cam menatang nih, tu la aku ckp letak software tu baru tau betoi ka tak, tapi kawan aku smalam ada cerita dia letak satu app utk chatting, bila chatting ja kat chat tu akan tulis kat mana dia berada waktu tu, dan nak bagi org taktau dia ckp kena off 3G, so aku cari la benda yang bersangkot paut dengan benda nih, dan dah jumpa, kalau nak tau lebih lanjut boleh klik kat perkataan Digital Trends tu tak pon boleh masuk website Techland untuk tau lebih lanjut, tak mau kantoi boleh tinggai talipon kat rumah saja.