Pages

Wednesday, April 20

Cinta.

Ni bukan kisah cinta abang jambu dengan abang gagah perkasa, kakak lentik dengan kakak angkat berat atau kisah cinta antara Warden Asrama dan Ustazah dan sebagainya...ini cinta yang dari persepsi yang lain dari mata aku dan mungkin segelintir masyarakat.


Ni pasai cintakan keadaan sekeliling termasuk orang lalu lalang dan disekeliling kita.

Terjadinya keadaan yang tidak cintakan keadaan sekeliling adalah seperti berikot :

1- Tengah kita dok sedap-sedap joging kat tempat beriadah, ada plak dah yang tengah buat tayangan free acara ketam batu melata di badan manusia, potong teruih niat nak joging, dari joging jadi walking saja, takot telepaih cepat sangat..hahaha..ini memang mengganggu keadaan sekeliling, baik menikah ja kalau lagu nih.

2- Di kedai makan,cam biasa, ada ketika kita akan sakit mata, dan kadang-kadang tak sakit mata, tapi bila bab yang sakit mata adalah keadaan seperti berikut :
Malam tu, tengah dok gelak kuk kik kuk kik kuk kik, terpandang satu pemandangan tak pernah di pandang, sepasang kekasih tengah bersembang. mata bertemu mata, ada kala tangan di kuis-kuis sedikit, tapi yang buatkan aku dan kengkawan jadi geli geleman adalah apabila " deduanya lelaki, kalau aku tengah makan time tu, tobat keluaq yang semalam sekali." Memang tak hormat keadaan sekeliling langsung

3- Yang ni agak best, sembang pong pang pong pang pong pang, dia dok sebelah kita ja pon, tapi bila bercakap 1 kilometer boleh dengaq, boleh kot sembang sloe-slow, bukannya kawan tu cucuk earphone bukak lagu kugiran "I Quit Antartika" sambil bukak Volume 25. Keadaan ni kadang-kadang terjadi bila mana ada gadis di sebelah dan si jejaka mula menarik perhatian si dara seperti mawas yang mahu mengawan.

4- Rajin kejadian ni berpunca disebabkan gadis, pagi tadi cam biasa aku rutin harian pagi pi market beli lauk sikit,sayur sikit,bawang dalam sekilo dan sebagainya yang takdak dii rumah, jadi pi la ke tempat penjualan sayur di sini, yang tak bestnya, kakak juai kerongsang tu memang la bagus nak meniaga, tapi agak-agak la kakak, baju nampak Bukit Berapit, bila tonggek pulak nampak jamban diraja tengah under construction, pakai la elok sikit, sakit mata dengan rahang dagu pakcik-pakcik juai pisang memandangnya...

5- Yang ni paling tak setedi dalam kehidupan aku sebagai kais pagi makan pagi, kais malam lepak gani ni apabila mai dekat pukoi 12 tengah malam mulalah nak merempit, yang mat kereta pon satu hal, kita nak sembang kat sini, dia nak sembang atas jalan sambil dok pijak-pijak pedal minyak tu nak mencari kawan...potong teruih, apa kawan kita cakap pon tak dengaq, tak kira masa depa nih.

Harini nak letak 5 nih saja, sebab yang lain-lain aku rasa akan jadi punca ramai orang mengata kat aku sat lagi kalau boh lebih-lebih..hahaha..jadi cintakanlah keadaan sekeliling sebelum keadaan sekeliling tu dah mula nak break dengan anda dan penuh makian akan diterima tak kira anda dengar atau tak.

2 comments:

cleo said...

haha..sgt setuju itu..tp yg dua2 laki 2 yg xthn...eeeuuuuwww...lotong r....

Encik Amie said...

Cleo: hahahaha...memang sangat tak tahan, buleh pikiaq kot dok buat perangai tu di tempat awam, kedai makan plak dah tu..haiyooo