Pages

Thursday, March 10

Basikal Yang Jarang Dikayuh.

Nak tau pasai apa? Sebab segan nak kayuh dan rasa cam kalau nak repair tu makan masa gak sebab di buat sendiri, lagi satu pulak aku rasa akan dikayuh masa hari cuti di tempat yang ramai orang untuk kita tunjuk kata kita style dan untuk memikat mata orang ramai. Ini satu cara untuk anda nampak sempoi di kalangan orang ramai.

Beberapa basikal yang aku sempat jumpak kat dalam ni ada bermacam-macam jenis dan design, daripada boleh kayuh atas jalan sampai bole kayuh ke laut,daripada roda 2 sampai 10 roda. Daripada bole naik secara solo sampai bole naik secara marhaban.


Basikal Pakai Kasut


Basikal yang tak pakai roda tapi pakai kasut, tuan gerek dah pakai kasut dan basikal pon kena ada kasut untuk bergerak..dicipta oleh mamat rempang bernama Todd Kundla. Dia bukan setakat cipta gerek berkasut ni saja. Nak tau apa lagi dia cipta? boleh klik link yang dah saya tulis nama gerek atau basikal ni.

Basikal Membeli Barang




Basikal nih dia dibuat oleh orang perancis kot kalau tak salah..boleh review balik kat website dia yang mana untuk memudahkan makcik-makcik p ke kedai tanpa bawa beg sebab tu dia letak beg nih kat tengah2 tu..mungkin kat sana basikal beraga tak sempoi kot dan mungkin gak bagus sebab tak payah nak pakai beg plastik bawak banyak2..tapi kalau ikan? cam mana nak bawak? mau belemoih gak la.

Basikal Marhaban


Ni sesuai untuk geng marhaban mahupon kumpulan apa sekalipon,boleh naik sampai 9 orang..tapi dalam bulatan la..takleh p mana mana pon aku rasa..haha..mau pening muntah hijau kalau pusing lama2.


Basikal Anytime Anywhere (Toilet Bicycle)




Hehe..sebab apa aku bagi nama nih? sebab boleh kayuh dan berak di mana saja yang anda suka tanpa segan silu...sesuai untuk yang pundi kencing ada penyakit dan kena buasir mahupon cherryberry.

Basikal Masa Depan



Basikal yang sesuai untuk para penduduk di Langkawi, pasai dia boleh kayuh atas muka jalan dan gak di atas ayaq, kira dibina untuk dalam 2 keadaan bentuk dan keadaan muka bumilah..


Jadi camna? agak-agak yang mana paling rajin nak kayuh keluar rumah dengan basikal yang cam nih? Ada berani?

No comments: