Pages

Thursday, March 10

Apa ada pada nama The Azenders dan Peribadi.


Apa itu The Azenders? Nama movie baru ka? nama popcorn keluaran syarikat mak cik lijah gelang mas ka?

The Azenders nih dengaq cerita satu lagi pertubuhan bangsa-bangsa be"rock" atau rockband la senang crita..payah toi. Dihasilkan oleh satu kumpulan anak muda yang katanya dengaq kata kepala atau taiko dia mestilah Samsul dari kumpulan bunface.

Kalau tak kenai kena tengok iklan TM tiap2 hari kat tv kenai la sapa si samsul nih. Penulis lirik,dan jugak pemekak pelolong dengan mimik muka meluatkan.

Meluat-meluat pon lagu yang depa buat aku tak tolak tepi sebab best, aku mula rasa nak tulis pasai ni sebab nak share lagu yang dia buat dengan band nih yang aku download pakai hset sony w660i aku yang ada mobile internet free sampai tamat tempoh kredit pon boleh guna lagi tu satu lagu kumpulan depa nih yang bertajuk PERIBADI.

Memang dia punya lirik menunjukkan keperibadian seorang mamat macho ada band yang tengah sakit hati pasai awek takmau kat dia (sudah terbukti di majalah online terkemuka dengan tajuk yang agak sinis).

Aku rasa lagu ni memang lain dari lagu bunface di mana bila aku dengar dia macam makan M&M, cair dimulut tapi bukan di tangan, mcm sekali dengaq ja teruih menusuk hati. Fresh memang fresh macam dalam website yang aku nak share sat lagi.

Nak tau lirik dia?

Lirik Lagu Peribadi - The Azenders

Seruan bergema lagi
Peribadimu yang bermakna,
Tiupan angin menyeru
Ku serah diri padamu... Kepadamu

Luah gelisah ku pendam,
Atas nama yang ku bimbang,
Kelemahan ku menyerang,
Perbuatan ku dihalang,
Dihentikan.

c/o

Biar hatiku cari
Peribadi sendiri
Gelisah ku sedari Keraguan ku menyepi

Biar hatiku cari
Peribadi sendiri
Gelisah ku sedari
Ini realiti...

"Seruan aku menantikan kesedaran"

Biar hatiku cari
Peribadi sendiri
Gelisah ku sedari
Keraguan ku menyepi

Biar hatiku cari
Peribadi sendiri
Gelisah ku sedari
Ini realiti

hooooo..hooooo..hooooo..hoooooooo

Tu la lirik dia.memang bole tahan gak dia punya muzik dengan alunan keyboard dengan drum yang agak kejap.

Untuk terus tau apa Azanders nih bole start klik kat web di bawah ni termasuk nak download lagu dia.

The Azenders

Klik download

3 comments:

Abang Zam said...

best ke? mm..tgh donload

mizan said...

cool gak..sebab...memang dapat rasa dengan dia punya lirik dan feel tambah2 tengah patah hati plak..sapa tau dia tau la abang zam oiii..hahahah

alquinin said...

sam mmg berbakat. cuma dia tak boleh lari dari influence yang dia suka. macam contoh band bunkface dia boleh kata sebijik macam greenday dan fall out boy. band projek dia ni pulak sebijik macam angel and airwaves(band projek tom delonge-blink 182). style nyanyi memang sebijik. kamu semua boleh dengar sendiri dekat you tube kalau tak pernah dengar angel and airwaves.

aku tak kondem cuma terlalu obvious dan lepas ini mungkin ada yang kata, "biarlah depa nak sama, hg pedulik apa? lagipun depa memang bagus". yes, indeed. sam dan kawan2 dia memang bagus. tapi kalau dah sama dengan band yang dia minat, baik dengar terus dari band yang original(maksud di sini band yang menjadi influence kepada mereka).

apa apa pun blog ni bagus. :)