Pages

Saturday, February 12

Simple Macbook Aksesori..

Hari ni nak share beberapa bag untuk pengguna Macbook plak..untuk pengetahuan tuan-tuan dan akak-akak kat sini dulu ada permintaan daripada sorang pembaca blog ni yang mintak aku tolong tulis pasai macbook..tapi nak buat lagu mana..semua barang macbook ni mahai2 gak aku check dalam website untuk dibeli..jadi yang ni ada yang ok sikit bagi yang ingin bergaya semasa pergi ke pejabat atau pon kekuliah sambil pegang ayaq dari Starbuck.

Jadi harini bagi mentunaikan permintaan tu aku share la sikit yang aku dah cari dan jumpa ni..di harap ada yang suka dan kalau tak suka..nanti akan diupdate untuk entry yang akan datang plak..

Tom Bihn Ristretto Beg

Beg ni sesuai untuk yang bekerja mahupun yang jenis masih kuliah..ni sebab dalam beg ni bukan saja bole letak Macbook Air anda tapi segala macam jenis seperti wallet,iphone,pen,notebook boleh gak diletakkan ke dalam beg ni.design yang agak ramping sebab dia punya design ada yang khas untuk model macbook 11 inci dan jugak 13 inci.Jadi beg ni boleh gak dikatakan atau dipanggil messengger beg. mungkin golongan fixie,mat-mat kona baring dan sebagainya suka akan beg ni.Kaler ada banyak untuk dibuat pilihan.Dan yang penting agak nampak urban sikitla design dia.



Waterfield MacBook Air SleeveCase
Beg ni plak aku rasa sesuai untuk tenaga pengajar muda, cikgu-cikgu dan golongan koporat pasai dia punya design yang slim,rupa bentok pon agak ok dan macam kulit.kalau nak beli bole klik pada nama beg tu..dlm tu macam2 ada,utk ipad ada,iphone ada dan macam2 jenis pilihan beg untuk model2 laptop pon ada kat situ.


STM Alley Beg Shoulder

Yang ni beg yang lebih kurang macam beg laptop yang biasa yang mana bole letak kable untuk laptop dan boleh gak letak file-file yang bernilai berjutaan ringgit tu.



Zac Macbook Air Skin



Selalunya para pengguna henpon suka dengan skrin protektor apa suma kan, jadi ni adalah satu ciptaan yang sama gak tapi boleh diguna untuk macbook pro, digerenti dan 45 hari wang akan dikembalikan balik.

Stash Messengar Bag for 11″ MacBook Air


Ni plak beg macbook air 11 inci, design yang eye-catchy buleh buat orang menengok bila di galas, sebuah beg messengger berwarna kelabu.


BorsaBella MacBook Air 11″ Bags



Beg ni sesuai untuk si gadis muda, pilihan yang menarik dan rupa bentuk yang sangat simple bersama pakaian yang sesuai dan nampak cool bila bawak beg ni.Kalau ada yang berminat bole klik nama beg ni, dan ada macam-macam pilihan untuk dipilih.

Jadi ni saja pilihan aksesori yang ada untuk aku share, jadi kalau ada yang berminat boleh click pada link tu dan dalam website tu nanti ada macam-macam beg lagi untuk pilihan. Selamat membeli dan selamat hari sabtu semuanya.

No comments: