Pages

Friday, February 11

Nokia+Microsoft=Symbian menangis tak berlagu.


Nokia telah sebulat suara mengeluarkan symbian daripada dia punya syarikat dalam bahagian operating system dan membawa masuk Window sebagai rakan niaga dia yang lepas ni akan cover depa punya OS dalam talipon bimbit yang akan datang selepas ni. Ni berlaku pasai nokia dah terasa effect daripada google yang keluaqkan android dan gak apple punya iOs..jadi..tanpa buang masa mungkin akibat penjualan ni gak la aku rasa depa dengan sepantas kilat buat keputusan ni yang dulunya hanya khabaq angin.

Lagi satu nokia ni asalnya dari Finland dan dia rasa susah nak masuk dalam pasaran Amerika Syarikat ni jadi dengan menggabungkan Microsoft dalam dia punya rakan niaga yang juga akan membagi idea-idea dalam mewujudkan dia punya produk untuk masa depan jugak mungkin boleh bantu depa dengan laju masuk ke pasaran Amerika Syarikat dan Microsoft plak akan boleh kuasai pasaran global, jadi memang langkah bijak la kata saudara Elop iaitu CEO Nokia.

Gambar yang aku letak di atas sekali tu adalah dia punya perancangan dari pihak nokia untuk penggabungan bersama microsoft ni..dalam ertikata lain, microsoft akan sediakan platform yang dah lama dia guna seperti Bing,Office dan dia punya adCenter, nokia plak akan masukkan dia punya servis yang dah kuat macam Ovi dan jugak Nokia Maps.

Nokia gak dah terangkan pasaipa dia masukkan WP7 daripada dia punya OS sendiri iaitu Meego OS,dan banyak lagi lah..pada sesapa yang nak tau lebih lanjut bolehlah baca pada link kat bawah ni dan jugak depa belum lagi memeterai perjanjian lagi jadi dalam mas yang sama dalam web ni kata, microsoft memang macam happy sangat kalau benda ni berlaku.
Nokia + Microsoft=Perfect??

Ni ada sedikit sedutan..boleh tengok utk lagi paham..aku pon tak tengok lagi video ni.



Ramai peminat dan pengguna Nokia lagi suka kalau Nokia guna Meego sebagai Os..tapi..tahla..cuba dulu baru taulah kot nooh incik Elop.harap-harap akan meletup..aku akan berbalik pada nokia kalau lagu neh..hehe..eh..sapa pakai Blackberry Playbook keluaran RIM? lepas ni anda boleh pakai Android punya application tauwwww..

No comments: