Pages

Sunday, February 13

PC Case Yang Amat Amazing...





Zaman dulu tajuk filem spiderman dalam tv tu adalah yang paling aku tak lupa..Amazing spiderman..syiok cerita tu..time tu jam dia dah boleh trace dah orang jahat dok tang mana..dengan awek rambot ala-ala rendam dalam pencelup kaler merah..heh.

ok stop sat..kita nak share gambaq best ni..slalu aku p umah kengkawan yang pakai pc atau desktop nih slalu paling gempak pon tengok barang yang dia guna, yang ni plak case atau dalam bahasa dok main sebot ikot dan iaitu casing dia amat membanggakan dan memeluatkan mata yang tengok pasai tak mampu nak buat lagu tu.

huhuhu..jom pakat tengok, ada salah satu dalam ni baru semalam kawan aku dok cerita pc atau CPU dok dalam aquarium..pergh..hebat gila kot..


Beer Keg Computer


Jangan tiru model ni..dibuat dari tong beer ni bekas CPU ni.Kalau boleh pakai la tong ayaq zaman dulu-dulu jenis orang melayu punya.

Piano Computer



Yang ni dibuat dari piano lama yang dibuat sebagai meja untuk komputer ni..sempoi gak kan..takyah dah nak p beli meja..pakai benda buangan pon dah cukup buat kawan2 kita tengok dan kata dalam hati "aku pon nak buat cam ni satu..sempoi aiiihhh"

Concrete PC Case MOD



Case ni dibuat dengan konkrit yang keras dan kental..tapi berat badan dia aku tak brapa tau brapa kg, tapi agak2..kalau orang nak curi natang ni kompem tak larat nak angkat..super padu punya konkrit nih..hahaha..


Aquarium Casing


Macam tipu saja kan? tapi ni memang betol casing yang dia punya motherboard,ram dan segala jenis barang yang kena ada kat Control Processing Unit tu semua ada dalam ni la.Tak pecaya klik pada nama casing ni..akan link ke web bersama gambar dan video skali..dia tak guna ayaq tapi guna minyak cam minyak zaiton apa suma tu la kot.


Steampunk


Yang ni agak klasik, dibuat oleh mamat rusia dari apa yang aku baca, sempoi gak ni pon..siap ada cooler lagik..nak tau bole baca lagi lanjut kat web dia..cam biasa klik nama dia utk link ke website benda ni.


Motorcycle Computer



Ni plak dibuat dari superbike kecik yang betoi punya ni..bukan tipu2 punya..lepas keluaqkan semua part dia sampai jadi lagu ni baru depa perosah letak computer punya component plak kat dlm ni..

VW Computer Case


Ni adalah rekaan yang nak tunjuk barang apa tuan dia tu pakai kot, design yang comel gak dengan lambang volkswagen kat dpn tu.

Fifa 10




Ni bukan tempat utk anda ber BBQ na..jgan pandai2 masuk rumah kawan tu p letak sosej plak nak bakaq..mau kena sakai kepala kalau lagu ni..haha..nak tau lagi lanjut cam besa klik nama dia.


Oven Computer


Kalau kakak-kakak p umah mak sedara dan nak masak tolongla jgan masak pakai benda ni..mau jahanam kalau lagi ni..nak try buat? ada dalam link tu cara2 kerja dia.


Scooter Computer





Yang ni boleh disimpan dalam bilik sambil main game dan dibawa bersiar-siar di laman rumah..tapi jangan kena curi plak nanti..hehe..cool betoi geng2 ni buat..tak tepikiaq langsung nak buat.

Ada yang nak try buat ka? mesti cuba dulu baru tau..sempoi habis design2 ni, takyah keluaq duit beribu beli kat kedai,andai buat sendiri mesti puas hati, tak puas bole cuba design lain plak..sumbat boh dalam tong gas ka, mesin basuh ka,tayar lori ka or apa2 saja..mesti ramai pakat like.Selamat mencuba.