Pages

Tuesday, February 8

Nokia E7..launching.




Dah lama tak tulis pasai talipon bimbit keluaran Nokia iaitu first model aku penah guna kalau tak salah model nokia 5110 kot..masa tu semua orang dah pakai Alcatel, Ericsson, Motorola dan zaman kegemilangan Nokia 3310 masa tu. Hahaha..aku pakai model 5110 siap diikat dengan getah, vibrate tadak utk hanpon tu siap masa dalam panggung satu panggung wayang boleh dengaq dia punya ringtone bila bebunyi...

La ni dah macam-macam jenis dah keluaq..harini utk menaikkan zaman kegemilangan nokia yang masih dengan OS symbian dia yang baru ni sebelum dia tukaq ke OS window yang dikhabaq angin yang agak kencang kita tengok apa yang dia ada untuk keluaran dia paling baru nak shipping ni harini di eropah.





Nokia E7 ni dibina berasaskan satu model keluaran Nokia gak iaitu model N8 yang mana memaparkan ciri-ciri yang ramai suka dengan skrin dia yang tak berapa kebar cam tempat simpan kereta abah playboy dalam filem The Green Hornet tu tapi menggunakan skrin AMOLED gak tau..jangan main2 ya..dia guna teknologi yang dipanggil "ClearBlack" iaitu rasa-rasa sesedap rasa aku lah kan natang ni pakai background kaler itam macam dalam handphone Blackberry tu kot untuk memudahkan kita untuk menengok dan rasa puas dari yang selalu la..selalu handpone kan cia punya background mesti cerah punye lah dan agak sakit mata kalau ditengok semasa tutup lampu dan nak melelapkan diri, ni adalah fungsi yang kira boleh tahan la depa dah bepikiaq untuk depa punya customer gak.

Memori dia didatangkan sebesaq 16G dimana boleh memuatkan movie HD sebanyak 1 file sahaja jika movie jenis AVATAR tu. Kalau yang video .3gp tu aku tatau la nak boleh bubuh sampai mana..seminggu pon tak abes tengok aku rasa..hehe.

Dia punya network play menggunakan quad-band iaitu dari GSM,EDGE sehingga mencapai WCDMA..jadi dia akan switch kan secara otomatik dimana jika anda berada dikawasan mengunakan GPRS saja seperti dirumah aku ni dia akan set gprs dan begitulah sebaliknya jika anda brada pada persekitaran bandaraya pencakar langit yang menggunakan WCDMA atau lebih senang dipanggil HSDPA dia akan terus connect pada yang mana lagi power..Kelajuan mendownload dia agak superb jika hampa yang nak download boleh mencapai tahap kelajuan 10MBPS dan mengupload selaju 2Mbps..dia punya wireless masih menggunakan ciri yang sama dengan model henpon keluaran syarikat yang lain gak dan bluettoth dia jenis 3.0.Dalam ni gak ada sensor cahaya yang mana kita tak payah nak adjust dia punya brightness dah lepas ni dan dia sendiri akan setkan mengikot kesesuai cahaya yang ada disekeliling kita masa guna handphone ni.

Sistem kamera dia plak menggunakan kamera 8 Megapiksel yang boleh menangkap gambar yang memang sangat jelas dengan fully focus bersama double LED flash walau dimana saja anda berada dan boleh merakam gambar secara full-HD atau bak kata org melayu boleh amik video dalam bentuk high definition.Bila dah rakam mesti la kita nak tengok video tu kan? kalau tak puas tengok di atas skrin AMOLED dia tu boleh la tengok di 42Inch LED televisyen kat umah hampa keluaran Tokchikba yang ada dirumah ampa tu dengan output HDMI yang ada pada talipon ni.

Yang tak brapa nak mengebat plak dia punya kamera utk video call masik di takah lama iaitu VGA saja..Yang agak best dia ada QWETY keyboard yang bila aku tgk dalam video pasai henpon ni memang genggaman kedua tangan kita untuk menaip memang agak kemas masa nak guna henpon ni, dan yang agak best dia bleh connect pendrive melalui USB connector yang ada pada bahagian atas henpon tu, untuk menguatkan sound plak masa tengok movie atau dengaq radio dia punya tombol untuk volume adjustable tu dah di buat dengan cara baru yang mudah gak la dari nak tekan2..

Ketakpuasan hati orang ramai untuk handpon ni adalah sebab dia punya OS saja, yang lain okay daripada segi mendownload applikasi dia dalam Ovi Store yang mana dah ada game yang paling fay-mes setakat ni iaitu Angry Bird untuk para penggemar game mendownload, dia gak ada HTML browser web,dia disokong denga VPN untuk kita akses kenalan,emel,kalendar dan banyak lagi melalui Microsoft Exchange bersama mesej segera Microsoft Mobile Communicator dan jangan lupa POP dan IMAP jugak disokong untuk digunakan bersama-sama.

Paling penting handphone ni menggunakan skrin sesentuh dan gak dia punya resolusi adalah 16M colour serta bersaiz 340X600 pixel.

Untuk pengetahuan umum handphone ni buat masa ni belom dipasarkan di Malaysia dan depa ni baru bercadang nak try masuk pasaran Amerika Utara dulu. Dan henpon ni dibina untuk golongan eksekutif yang gemar bersosial aku rasa..

Jadi bole la tgk2 sikit pasai henpon ni di youtube punya video yg aku letak kat bawah ni bersama dia punya link utk spek henpon ni.



Nokia E7 Spec

1 comment:

saya_arief said...

pergh..
besau giler skrin..
smart.