Pages

Saturday, February 5

T-Shirt kreatif untuk anda.

Ni untuk golongan GEEK iaitu ahli komputer atau orang yang pakar dalam komputer la maknanya geek tu, aku rasa la kan tapi kalau nak memahami lebih lanjut boleh merujuk di link ni Geek klik saja perkataan disebelah. Jadi kalau tak paham sila rujuk itu dulu sebelum tengok gambaq.

Hehe..bukan apa..nanti takot disalah tafsir atau salah sangka. Okah entry kalini merujuk kepada jenis-jenis tshirt yang memang ada dijual di kedai atau secara online. Sangat cool dia punya design bagi aku dan kalau harga murah memang aku pon nak beli satu pakai sambil tayang kat kengkawan.

Naktau sebab apa aku kata cool..sila lah belek-belek dan sesuaikan dengan jiwa anda.

So apa tunggu lagi meh sini tengok gambar dan baca komen-komen aku yang kadang-kadang merapu nih.

1-Wifi Detector Tshirt.




Baju ni menunjukkan signal wifi, dan kalau nak tau ni bukan lukisan pada bar signal tu tapi memang dia akan menyala betoi2..kalau minat baju neh boleh membelinya dengan mengklik pada nama baju ni.Tetapi bateri dia tak bagi skali la kalau di beli dan boleh dibasuh..nak tau lebih lanjut tengok dalam web tu..aku pon tak brapa nak tau sangat.Satu lagi yang aku dapat tau, baju ni akan mencari wifi yang diditect atau kalau masa melepak tu ada wifi yang dekat dengan baju ni bar dia akan naik mengikut kekuatan wifi tersebut.Cool kan? ada lagi cool..meh belek2 lagi.

2-8 Bit Dynamic Tshirt




Baju ni amat aku suka sbb aku bercinta dan sesuai pada pasangan bercinta, nak tau sebab apa? sebab love bar kat baju tu, kalau hampa pakai baju ni bersama marka atau makwe hampa neh dan berjalan sambil menghayun tangan bar dia akan full sepenuhnya dan kalau antara 2 orang ni berjauhan bar dia akan berkurangan, hebat bukan?
Klik nama baju untuk membeli, juga untuk gambar selanjutnya nih.


3-Drum Kit Tshirt




Sentuh jari pada drum neh dan dia akan keluaqkan 7 bunyi yang berbeza..

4-T-Sketch Light Up Flashing T-Shirt




Tshirt ni untuk orang yang suka mencuri perhatian umum atau yg malas basuh baju aku rasa..hehe..sambil dok minum ayaq tu bosan2..dan rasa apa yg dah ditulis pada tshirt ni agak tak best,boleh padam dan sukahati anda la nak tulis aapa pon..hehe..stail btoi,dah macam orang dok update status facebook tiap2 minit.sat tulis tengah makan nasik,sat tulis sy hensem,tulis saya suka awak ni no talipon sy pon boleh..hahaha
tambah2 untuk budak2 skolah zaman la yang suka pakai baju titew tayunk mark titew pon boleh ditulis diatas baju ni..

5-No One Cares Blog




Jika anda tidak suka kepada blog kawan2 anda ini boleh dijadikan bahan untuk mengutuk jika anda jenis yang tak pandai nak meluahkan isi hati..

6-Internet People




Mungkin tshirt yang ni adalah design yang untuk sesapa yang rajin guna internet aku rasa.

7-Gaming Lifestyle




Apa isi tersirat dalam neh memang betoi, selama aku bekerja di cyber cafe dalam 3 tahun, memang orang yang kaki game ni hidup depa macam ni, kalau cc tu bukak 24 jam aku rasa depa pakat2 bawak toto masuk dalam tu siap boleh tidoq skali, masa aku keja dulu ada yang siap bungkus nasik makan depan pc kot..gila kental punya kaki game ni.

8-Having An IPhone Has Completely Changed The Way I Poop




Tshirt ni untuk pengguna henpon keluaran Apple. Maaf dah sold out jadi takda link dah yg bole aku bagi untuk melakukan pembelian, tadi dari cara ayat dia tu, agaknya betoi2 la kot sapa2 yg bli iphone ni mengubah cara dia sedang berak..hahahaha...dari 5 minit terus jadik 30 minit aku rasa.. pergh..keras.

9-Alt of Ctrl




Sesuai untuk sang gadis yang liar sikit la aku rasa, menerangkan dia punya jati diri dengan button yang ada pada keyboard..haha..agak sempoi gak idea kreatif depa neh buat baju.Yg ni pon sold out dah..sori..

10-Insomniac Innovation




Baju ni mungkin sesuai untuk orang yang mempunyai masalah payah betoi nak lelap mata dan tidoq macam orang lain..haha..mari mengira kambing..

Jadi ni beberapa yang agak okay design dia aku rasa yang aku dah sharekan untuk tatapan pengunjung setia di belog nih...jadi kalau ada lagi yang sempoi akan di tambah lagi dengan title yang baru dan ada gak baju pasai twitter yang hanya ok gak la dengan tulisan yang biasa-biasa saja yang akan mungkin aku letak dalam blog aku yang lagi satu ni iaitu Sardin Cap Ayam

Selamat memilih dan membeli. Pilihan terletak di tangan anda.