Pages

Sunday, February 13

Kenapa Saya Suka Baca Blog Hanjeng.



Hari ni aku akan merapu sebab aku tak cukup tidoq..aku akan taip semerapu yang mungkin sebab bila aku tak cukup tidoq otak aku akan jadi sangat happy dan kadang2 aku taip tanpa berpikir panjang..jadi disini aku nak temukan semua pembaca blog yang rajin tulis pasai diri sendiri, keluaq makan dengan mat moto,mat bunga,mat gadget,akak tudung atas bawah pakai legging,adik-adik yang status facebook nya membuatkan tapak kaki aku rasa nak hinggap dimuka dengan ayat "titew bowink liew ariniew cam tak nark piewgie sekowlah ajiewww...tiiuuutiuuutiuuu..ptuiiihh dan sebagainya...nak tau kenapa berlaku perkataan merapu meraban camtu, anda jangan jadi hipokrit dengan menulis blog dan mencipta orang lain daripada diri anda sendiri..disini aku nak hampa semua kenai orang yang tak menaip dengan imaginasi yang tinggi tapi penuh jatidiri,takdak provokasi dan penuh intonasi..


First sekali aku buat blog pasai pemilik blog ni la..memula aku saja nak belajaq tulis saja..lepas tu aku makin tepukau dengan kehebatan Hanis Zalikha yang memba aku ni cerita buleh dapat beribut sebulan..pergh..sapa takmau jadik lagu tuh..duit kot..kalau kulit pokok..maybe 2-3 kali gak orang pikiaq..

Sapa dia penulis blog ni? seorang warga kumpulan Munky dari Jitra yang amat prihatin tentang keadaan alam sekitar,awek2 gebu,abang2 kereta,dunia dan negara. Dia punya nama dan blog tak segah Hanis Zalikha tapi nama dia agak catchy kalau disebut..hahaha..tapi biaqla aku labelkan nama dia sebagai Munky saja..

Tapi..kalau baca penulisan dia tak secekap orang yang dah berjuta pengikut blog..tak penah aku jumpa orang yang tulis blog secara merapu tapi ada isi tersirat yang mungkin akan baca sambil gelak last-last sekali terkedu..pasai? apa ditulis ada makna walau pon merapu.

First sekali dia tulis blog..pasai hidup dia..hidup sorang student yang tertunggu-tunggu duit ptptn masuk..kalau anda seorang student universiti yang mendapat ikhsan daripada pihak membagi pinjam patotla bayaq balik..nanti kalau tak bayaq kena blacklist,dah kena blacklist mulalah tak buleh nak sambung mengaji di luaq negara, nak buat macam-macam loan nak beli rumah ka,kereta ka,nak buat belanja nak cari bini pon susah gak kalau lagu ni.

Dalam blog dia nih penuh bermacam cerita pasai diri sendiri yang tak penah dia tulis untuk tiru orang lain tapi tulis ikot gaya yang dia sendiri rasa nak tulis dia tulis tanpa berlapikkan tilam empok keluaran Eric.

Penuh nostalgia yang ada dalam ni daripada student..dia bercinta...lepas tu jatuh mangkit dari seorang abang watson menjadi pengajar di sebuah kolej bertaraf lima tingkat..dan sekarang mendapat tajaan untuk mengaji lagi yang dia sendiri tak jangka dengan otak dia yang agak super dooper gedabak besaq.Super hyper sebab apa dia tengok di keliling dia,dia tulis tak kira buruk ka baik dia hentam...dan ada kala mungkin akan terkena batang hidung andaa sendiri..

Kalau anda atau bahasa jerman yang dicedok dari loghat kedah ada mengatakan kalau hampa nak tulis blog pasai diri sendiri jangan menulis dengan keadaan yang amat menggedikkan sehinggakan nak makan nasik lemak pon letak dalam tu..aku pon hari2 dua tiga bungkus balun makan nasi lemak..tak heboh satu alam maya pon..



Disini aku persembahkan blog dia yang boleh hampaa kelebek sendiri..

mungkin akan ada yang kata dia ni tak ketahuan punca ka..tapi jangan sampai tak larat baca kemerapuan dia ni tapi ambik isi dalam tu..mungkin hampa atau hampa yang dok sengeh macam kerang busuk tu ada gak dalam tu..Sebab tu dalam blog aku ni dia ditangga teratas..bukan sebab dia tinggi..tapi tahap penulisan dia yang agak gila tak penah dibuat orang..tapi tengok sendiri la.

Ditayangkan dari belogapasajadi kepada hampa semua iaitu blog terbaik penuh telatah bermaksud aku pernah baca dalam hidup aku..apa kawan-kawan nak kata tak kisah..janji aku ada blog..hampa ada ka?

Blog Hanjeng


Klik untuk link seterusnya.Sediakan tisu dan duit untuk beli laptop atau lcd baru ketika membaca blog ini.

1 comment:

Syadatul Adawiya said...

dah bace!best2....kagum..hehe