Pages

Thursday, January 13

Rumors- Facebook phone..?

Khabar angin sedang melanda di Amerika Syarikat yang mana semua penggila atau kipas susah mati facebook, majalah-majalah di percetakan sasbadi atau pon di alam maya sedang memikirkan pasai benda ni.

Kali kedua dalam sejarah facebook dikatakan akan keluaqkan handphone sendiri. Dari satu website yang aku dapat tangkap apa dia kata, facebook sedang mencipta handphone tapi bila ditanya pada mark zoukerberg, facebook sedang mencipta satu program atau applications yang lebih hebat daripada app blackberry mahupon iphone dimana dia punya engineer yang dulu bekerja dengan google chrome bernama Hewitt yang juga pakar dalam henpon dan pekerja di Mozilla firefox yang nama dia aku kompem betoi2 dah lupa dah nama dia apa tatau sedang bekerja keras membangunkan satu applikasi untuk dimasukkan kedalam talipon yang dikeluarkan oleh syarikat bernama INQ Social Mobile.

Dia punya paparan skrin akan nampak macam anda membuka facebook menggunakan website di laptop atau desktop, dan segalanya akan bertindak dimana button "Like" akan berada dimana-mana sahaja, Application ni dibina untuk semuanya bergerak pantas semacam petikan ni : “An Android smartphone built to make messaging faster and smarter. It’s designed around the way people naturally communicate and has Facebook built into its core. The homescreen features multiple entry points to different Facebook functions, while a dynamic widget displays a feed of status updates, albums, videos, and photos.”

Dapat paham? Jadi, daripada khabar angin yang sedang bertiup kencang tu, depa dok kata sebijik ja akan dikeluaqkan tapi dalam pada tu rupa-rupanya 2 jenis model iaitu model menyerupai iPhone iaitu skrin sesentuh dan jugak keypad QWERTY. 2 model yang mungkin akan dijual pada harga USD50 ke USD100. Sejak artikel pasai benda ni melayang-layang ditiup Tornado di Amerika Syarikat, syarikat INQ ni telah memadamkan nama "Facebook" untuk artikel yang depa cerita pasai applikas untuk dimasukkan dalam henpon baru tu.

Jadi ni nampak gayanya macam henpon antara gabungan Googe dan Samsung gak la cam entry dalam blog aku yang lepas..betoi ka tidak kena tunggu lah.Mungkin dengan cara ni gak la, Facebook New Messages boleh berfungsi untuk terima dan hantar email+chat+message+sms, dah dekat sebulan tunggu invitations tak dapat2 pon lagi.

Jadi ni gambaq yang sempat di ambil oleh orang yang dipercayai kaum kerabat pihak tertentu.




Dari gambar yang diambil, mungkin semuanya bakal merubah segala-gala khabar angin atau tak, kita tunggu sajalah. Tapi..kat Malaysia ada ka talipon ni di pasaran?? Camna nak pakai kalau takdak juai?

Beberapa link yang mungkin ada yang nak tau lebih lanjut terdapat di bawah ni :

Digitaltrends

GeekWorld

No comments: