Pages

Thursday, January 27

PSP 2 IS HERE..!!! Ini bukan Rumors.


Segala macam rumor atau khabaq angin dah kita tengok dan baca dari segala jenis laman web yang semua pakai teknologi, jadi harini segala gambaq-gambaq yang di pos oleh semua website tu ada yang sikit-sikit betoi pasai game paling tersohor ni sejak aku tingkatan satu lagi.

Harini aku lancarkan untuk kawasan Jitra,Kedah dan serantau Malaysia keluaran atau produk baru dari sony iaitu Playstation Portable 2.

Rupa bentok bukan macam entry-entry aku yang sebelum ni yang mana aku letak dia punya gambar daripada website yang selalu aku baca. Hari ni semua terbukti pada Playstation Event di Jepun.

So mai kita tengok spesifikasi dia yang mungkin akan membuat hampa semua pakat-pakat juai PSP first edition untuk beli benda ni.

Bagi keluaran kedua ni dia dipanggil NGP " New Generation Portable".Dia ada Touch Skrin High Resolution, 3G,Dual Analog,OLED 5 inci qHD resolusi 960 x 544 .

Nak tau apa yang NEW sangat yang depa dok heboh pada dia punya event tu jom pakat2 tengok sikit.

Spesifikasi penuh:

CPU dia menggunakan processor: ARM® Cortex™-A9 core (4 core)
GPU: SGX543MP4+
Dia punya ukuran luaran atau lagi senang kita panggil bentuk badan dia
: Approx. 182.0 x 18.6 x 83.5mm (width x height x depth) (tentative, excludes largest projection)
Rear touch pad: Multi touch pad (jenis kapasitif)
Camera ada 2: Front camera, Rear camera (pakai pixsel atau VGA aku tak kompem)
Sound dia: binaan dalaman atau built in stereo speakers, microphone binaan dalaman atau built-in
Sensors: Six-axis motion sensing system (three-axis gyroscope, three-axis accelerometer), Three-axis electronic compass
Location: Built-in GPS, Wi-Fi location service support
Keys / Switches: PS button, Power button, Directional buttons (Up/Down/Right/Left), Action buttons atau butang aksi: (Segitiga, Segiempat, Cross(X), Bulat), Shoulder buttons (Right/Left)
Kiri kanan, Right stick, Left stick, START button, SELECT button, Volume buttons
Komunikasi Wireless:sambungan mobile network (3G), IEEE 802.11b/g/n (n = 1x1)(Wi-Fi) (Infrastructure mode/Ad-hoc mode), Bluetooth® 2.1+EDR (A2DP/AVRCP/HSP)


Dia jugak memperkenalkan beberapa Game baru yang dilahirkan untuk PSP 2 gak seperti :


Little Deviants,
Reality Fighters
Gravity Daze
Uncharted
Killzone
WipeOut
Resistance
LittleBigPlanet
Hustle Kings
Hot Shots Golf

Dan yang paling penting dia ada PC Suite sendiri.Game PSP yang lama jugak boleh didownload di dalam Playstation Store terus ke New Generation Portable ni.
Jadi ni plak rupa dia yang selama ni ditunggu penggemar gadget cam gini.
















Kalau belum puas hati boleh baca terus melalui link ni.

NGP/PSP2

kotaku blog

Gizmodo


Aku hanya terangkan dia punya spec dan apa yang ada dalam ni, dan ada lagi menarik kalau dibaca dalam laman web yang dibagi tuh, macam-macam penambahan kat dalam tu termasuk handpone Sony Xperia Play yang dibuat utk main game pon boleh gak download game2 PSP neh,memang Sony nih dah buat idea yang memang sangat2 gempak la siap boleh plak buat forum, amik tau sapa paling pro dalam game yang kita tengah main tu dan level-level depa.