Pages

Saturday, January 8

Kerusi Pelik?

Seumur hidup aku tak penah lagi aku tengok rumah yang letak kerusi yang pelik dan kreatif camni, kalau ada pon biasa2 ja..

Harini nak kongski sikit gambaq dan pendapat aku pasai kerusi pelik yang mungkin orang yang buat tu otak dia pelik sikit dari orang lain..

Meh kita belek dan bagi pendapat skit pasai kerusi yang direka dengan kreatif menggunakan otak yang agak pelik dari orang yang memang pelik aku rasa. Nak ka hampa beli kerusi cam ni??



Kerusi ni dibagi nama Space Probe Bed cum sofa, aku rasa bagi yang suka tengok cerita Armageddon atau pun Astronaut Farmer akan lebih minat untuk ada kerusi cam ni di rumah termasuk yang suka makan sambey tngok movie di Astro, haha, kerusi ni buleh di simpan bila penutup dia di tutup dan kerusi tu dilipat kedalam, kira boleh menjimatkan ruang la, nak guna baru bukak.Kalau ada anak-anak dirumah tu bulehla depa main aci sembunyi kat dalam ni..hehe..kompem tak jumpak2 kalau kawan2 depa taktau benda ni buleh dibukak dan dijadikan kerusi.




Yang ni plak dipanggey Light Drop Sofa, dimana kerusi ni adalah jenis fibreglass dan kulit dia dibuat oleh kain lembut,dan didalam dia diletakkan lampu, agak2 berani dok dak, mau kena cucuk dengan lampu kalau pecah ni, tapi aku rasa badan saiz kecik2 tu blehla dok kat kerusi ni kot.



Kerusi ni plak dipanggey Digital Sofa dimana tuan atau orang yang buat sofa ni nama dia Imone Micheli, kerusi ni design dia simple dan sesuai untuk rumah yang moden dan diadaptasi dari keyboard dan agak funny dengan nombor dia sambil dok tengok tv dengan anak yang nak masuk tabika tuh buleh la ajar di dengan nombor2 di kerusi ni.


Kerusi ni plak sesuai sekali untuk sang gadis, atau ada anak dara di rumah yang suka sangat teddy bear, aku rasa kalau ada duit mungkin hampa semua buleh pakat buat sendiri, pi saja Danok beli anak patung bebanyak then leh buat kerusi, ni agak feminin dengan hati lembut, abang-abang lembut mungkin jugak berminat dengan kerusi ni. heheh.nama dia? Stuffed Animal Sofa.


Sofa ni mungkin kalau tengok betoi-betoi nampak macam betoi punya teloq kan? tapi memang betoi ni adalah sofa teloq, dan dia adalah teloq tiruan tapi aku tak brapa nak tau dia punya teloq tu jenis lembut atau keras, sofa ni sesuai untuk menyakat kawan-kawan tapi yang penting tak leh letak kat rumah sebab anak-anak akan mencabut teloq tu tiap-tiap hari atau pon ketika teloq habis bini anda akan menggoreng semua teloq tu sehingga habis..hehehe...Nama dia mestila Eggs Sofa.






Sofa ni dalam banyak-banyak yang paling moden skali, ni adalah design dari seorang bernama Daniel Becker, dengaq nama tu teringat kawan aku yang pak dia pon nama lebih kurang nak sama dengan kawan ni, ok too the point sofa ni agak sempoi tapi jangan ingat jika anda ada kawan-kawan bersaiz XXXL yang datang kerumah sila elakkan dia daripada duduk kerana sofa ni kurang tahan lasak. Jadi jangan dari tetamu yang baik hati jadi pergaduhan plak disitu..ingat tu.




Bagi yang rajin menggaru sambil tengok tv aku sarankan belilah sofa ni, kompem akan hilang kegatalan anda jika ada sofa ni dirumah, agak cute dengan pokok kaktus sampaikan jiran anda pon jeles kalau tak tau ni adalah sofa dan ingat hampa mencuri pokok kaktus dirumah dia untuk buat sofa..kehkehkeh..lembut ni, tapi tang duri dia aku taktau la nak kata lembot ka dak.nama dia Cactus Sofa


Bagi abang-abang single tu mungkin boleh beli sofa ni, kalau pada abang yang ada bini tu hilangkanlah perasaan atau keinginan nak beli sofa ni.agak seksi sangat kot, mau pak lebai sebelah rumah jeling kalau tengok sofa ni.nama dia Four Legs Sofa.





Yang ni boleh bagi hadiah kat pakcik-pakcik yang minat gusti,atau yang teringin nak jadi penggusti terkenal macam Muhammad Ali.. Amat sesuai sekali.




Sofa ni amat moden sekali dengan lampu LED yang dipasang pada dia, beli satu saja sofa dah cukup dan bila tirai kita kaler ijau, sofa ni boleh ditukaq kaler dengan kaler ijau menggunakan remote yang di bagi. Jadi raya tiap2 tahun bolehla guna duit nak beli sofa baru cam selalu tu bagi kat budak-budak yang datang beraya.Nama dia LED sofa.


Pada peminat filem, apa lagi kalau bukan cerita pasai negara ROM neh dan teringin nak jadi dia punya Raja boleh lah pakai kerusi ni dan bergaya cam zaman ROM, dan paling best, Raja sehari pon leh pakai ni masa bersanding..hehe..tepegun paklong-paklong yang mai tengok nanti.



Lips Sofa, Bagi peminat Justin Bibiaq atau Angelina Jolie bolehlah membeli sofa ni dan merasakan anda punya bontot dicium oleh angelina jolie..hehehe..


Ha..tekejot ke? Ni bukan lembu betoi tapi Sofa Lembu, hebat dak? memang nampak cam lembu sunggoh punya ni cuma dia tak berak merata-rata ja la, tolonglah jangan tunjuk pada orang yang lemah jantung, takot depa pengsan nanti.

Ok, tu sajalah yang aku rasa sofa yang unik, kreatif lagi pelik yang dicipta oleh manusia yang serba serbi hidup dia penuh pelik-pelik belaka. Jadi pada yang berminat nak cari sofa cam ni bolehlah try search di google kot2 ada kedai yang nak juai ka.

2 comments:

Maizura Maizan said...

..cool ya..
..keep it up tok carik the weird things in this world..^_^

My Blog My Rules said...

hahahaha..
so cool...nk kena beli satu nih..