Pages

Friday, January 7

Kenali jenis kucing anda.

Zaman sekarang ni ramai orang lebih suka membeli kucing di kedai-kedai daripada menjaga kucing liar yang rajin merayau di kaki lima atau pun yang takdak tuan, kalau dulu zaman kita kecik kita tak payah bayaq untuk membeli kucing sbb kita buleh ja angkut kucing2 comey tu dimana saja yang kita jumpa.

Jadi pada masa la ni kucing amat popular untuk dibela sama ada yang jenis bulu panjang dan gebu cam anak patung ataupun yang jenis bulu pendek cam kucing siam.

Jadi hari ni nak share sikit dengan peminat - peminat kucing yang teringin nak beli kucing ni dan yang nak tau jenis-jenis kucing yang nak dibeli tu.

Di seluruh dunia ni terdapat bermacam jenis kucing yang selalu kita tengok atau tak pernah tengok, dibawah ni aku cerita sikit jenis - jenis kucing yang ada dalam dunia ni..

Abyssinian Cat :



Kucing ni berasal dari Egypt kalau hampa nak tau badan kucing ni di bahagian tengah dia panjang,kaki dia yang panjang dan ramping dan jalan sedikit berjingkit. Dia adalah kucing yang aktif dan sukakan air, permainan, dan kucing jenis ni mudah utk dibuat kawan dan nama manja dia Aby dah macam nama pompuan la pulak..huu..
Jadi kepada golongan peminat kucing yang sukakan kucing yang aktif dan yang nak bermain dengan kucing, mungkin boleh mencuba kucing jenis ni.



American Bobtail Cat :



Kucing jenis ni memiliki ekoq yang pendek dan dia punya hidup plak sesuai untuk persekitaran yang agak liar dan kucing manja yang lain, kalau kucing jantan untuk jenis ni dia punya berat lebih kurang dalam 15pounds dan kalau betina lebih kecik sikit. Kucing jenis ni dikategorikan dalam perangai dia yang ramah, suka memanjat,"outgoing". Kucing ni adalah jenis pemanjat yang agak baik.




Kalau tuan atau pembaca ada anak-anak di rumah yang sukakan kucing mungkin kucing ni sesuai sebab dia adalah kucing yang senang bergaul dengan pemilik dia ataupon haiwan lain di sekeliling dia.Dia ni adalah kucing yang sangat berkualiti dan mungkin aku rasa agak expensive.

Bengal Cat :




Kucing Bengal di tubuh badan dia medium besaq iaitu sedang2 la dia punya badab, badan dia agak ramping dan berotot, saiz kucing betina dia adalah lebih kurang 7 pound, bagi jantan plak di boleh mencapai pertumbuhan sampai 18 pounds.

Dia punya bulu kebanyakkan bertompok dan bulu dia agak bercahaya atau berkilauan.

Kucing ni dikategori sebagai sangat liar dan merupakan jenis Cat Leopard Asia.
Kucing jenis ni memang sukakan air sangat mungkin kalau mula-mula pembeli tu beli kucing ni masa tengah cuci pinggan di sinki anda jangan terkejut bila tiba2 kucing ni melompat kedalamnya atau mandi bersama tuannya. Ni jenis kucing yang aktif, penyayang dan amat cerdas. For a walk on the wild side with an affectionate companion, you can't go wrong with a Bengal, dia punya kaler plak dikategori dalam kaler Brown Spotted Tabby, Brown Marbled Tabby, Seal Tabby Spotted Sepia, Sepia Marbled Tabby Seal, Seal Mink Spotted Tabby, Seal Mink Marbled Tabby, Spotted Seal Lynx Point dan Marbled Seal Lynx Point.Sesuai untuk dipertandingkan di peringkat kampong atau antarabangsa.


Balinese Cat :




Untuk kita kenai kucing jenis ni dia adalah kucing yang berbulu panjang dengan ekoq yang panjang dan gaya serta mata dia agak Siam sikit. Jadi kucing ni agak macam kucing Siam sikit la,sebelum kucing ni di bagi nama sebaagai Balinese dia adalah dipanggil dengan Kucing Siam Bulu Panjang dan tahun kucing ni dikenali adalah pada 1920. Kucing ni dijual untuk menjadi kucing kesayangan dan bukan untuk persembahan atau masuk pertandingan. Kucing ni adalah kucing yang bermata biru, bulu panjang,berbadan ramping, kepala berbentuk baji dan dia merupakan kucing yang dulunya memang berasal dari golongan kucing siam.Kucing ni gak merupakan kucing yang berkongsi jenis gen yang sama dengan Ragdoll.

Jadi untuk mengenali lebih lagi kucing-kucing yang ada dan kalau terasa nak beli kucing boleh la tengok dan belajar pasai jenis kucing dan cara nak kenai depa ni yang sesuai untuk kita jaga di website ni Hi..Cat

Kepada sesapa yang teringin nak beli kucing dan taktau kat mana nak beli boleh hubungi penjual kucing ni, dia ni dah menjual bermacam jenis kucing dan kalau nak tau bolehlah contact dia dengan hanya perlu klik pada nama dia di sini Encik Faizan Izani

di bawah ni aku letak gambar-gambar kucing yang tengah dia nak jual. kalau berminat tu bolehlah contact-contact dia di link facebook yang telah aku bagi tu na.








Jadi selamat menjadi penternak kucing yang berjaya.

1 comment:

Anonymous said...

heee...adopted is better than buying..:)
-siti hajar abu bakar-