Pages

Tuesday, January 18

Jangan Guna Facebook Application Dah..




Facebook application tak kiralah Zynga ka singa ka, Farmville atau apa2 application berbentuk game atau mengetest IQ cipanzi pengguna facebook neh yang selalu kalau nak guna kita kena click apply ata dont allow tu mungkin akan lebih menjadikan sorang pengguna tu kerugian berjuta ringgit atau dimasukkan kemahkamah akibat sesuatu yang beliau tak buat langsung.Ini mungkin mula akan terjadi bila applikasi meminta-minta ni akan dilancarkan dalam sedikit masa lagi oleh Facebook bagi applikasi yang ada dalam henpon badget marka rajin reling buat abang rasa harga diri tahap tinggi KLCC iaitu Iphone, android dan mungkin akan termasuk kepada website bagi orang yang menggunakan laptop atau desktop lepas neh.


Selalu kalau kita nak guna apa2 application facebook ni sudah semestinya dia akan suh kita click allow atau dont allow kalau tak mau guna kan, jadi bagi sesapa yang tak baca apa yang akan facebook lakukan masa kita click allow tu sebab dah gedik-gedik nak lawan gangster dalam Mafia Wars atau apa la game jadi tokey Hotel 5 bintang ka apa ka lepas ni kena baca betoi2 sebab facebook dah upah dia punya Request permission tu daripada dia just amek tau pasai umoq kita dalam kita punya Facebok kepada amik alamat kita, no talipon kita atau pon apa2 saja yang kita letak dalam facebook profile kita tuh.

Mungkin ada yang dok baca ni akan rasa, "Ceh, apa la sangat natang tu depa nak amik, amik saja la janji aku leh men game time gadoh dgn marka aku neh bleh release tension ", Itu pemikiran orang matang-matang boi kalau pikiaq lagu tu.

Bagi otak aku yang kadang-kadang berfikiran matang skit-skit walaupon tak matang abeh lagi neh, kalau depa amik no talipon, alamat rumah atau apa sekalipon, mungkin ada sejenis orang jahat dalam internet ni di panggil hackers yang suka mengambil untung apabila kita lalai dalam benda kecik yang boleh menyebabkan masalah besaq tak sangga neh misalannya, no talipon, kata la hampa boh no talipon dalam mayban2u.com pny password ka, kad kredit ka atau apa2 yang memerlukan anda online beli barang pakai akaun yang ada duit dah kompem geng hackers ni cukup suka la, silap2 depa buleh putaq alam kita punya id untuk beli apa saja atau amek apa saja yang kita ada dan menyebabkan surat lawyer sampai kerumah menunjukkan kita dah guna kad kredit berlambak-lambak beli barang2 dalam web porn or apa-apa yang kita tak penah buat langsung. Lagi satu mestila ada surat apa-apa akan sampai kerumah dengan alamat yang kita letak disitu tak kira lah surat suh beli barang ka, soh masuk peraduan atau apa saja yang akan meroboskan peti surat kita yang dah nak tercabut daripada tempat dia diletak tu..

Ni jugak memang selalu dah terjadi kepada orang-orang yang memang tak rajin guna kad kredit tu. Jadi dimana silapnya adalah bila kita click Allow di facebook.

Jadi fikir-fikirkan sendiri yang mana baik yang mana buruk.sekian harap maklum daripada blogger prihatin.

Link untuk anda lebih percaya boleh di baca di sini.
Oh Facebook

No comments: