Pages

Monday, January 3

Blackberry Playbook VS iPad..




Banyak aku tulis dalam belog aku ni pasai iphone, asyik iphone ja hari2 bosan gak. kalini sembang pasai blackberry plak ya la kebanyakkan iphone ni ramai golongan kaki game yang suka tambah2 yang suka bangun tdoq ja terus main game.

Bagi BB ni plak rasanya golongan koporat,makcik2 juai bahulu, akak-akak yang suka stalker pakwe dok area mana time tgh malam ja plak yang pakai termasuk pakcik-pakcik yang rajin baca blog pasai politik neh..

So hari ni aku nak crita pasai satu keluaran blackberry yang serupa cam Galaxy Tab atau pon Ipad keluaran Apple.

Nama yang dibagi kepada menatang ni ialah Blackberry Playbook, dia ni mungkin generasi yang agak ketinggalan dari kesemua nama besaq seperti aku bagitau tadi.




Cuma agak gempak dia punya spec. meh kita sama2 tengok apa dia buleh buat.




First kita nak tengok mesti la muka depan dia, tgk belakang ja tak syok.. betoi dak? kalau betoi klik iklan celcom ataih tu.. kehkehkeh..

Ok dia punya spesifikasi Skrin LCD seluas lautan iaitu 7Inch 1024 x 600 dengan multi-touch dan multi-gesture.

Dia punya OS plak dipanggey Blackberry Tables Os di mana dia mengunakan symmatic multi processing yang mana OS dengan sokongan oleh 2 processor sekaligus ini dapat melancarkan lagi dia punya applikasi.

Dalam dia ada 1Mhz Dual Core processer, Ram 1Gb. Yang boleh mengalahkan ipad pada blackberry ni plak ialah dia punya kamera iaitu Dual Hd kamera dimana kamera video cam tu guna 3 megapiksel dan belakang utk kita amik gambaq atau rakam video plak guna 5 Megapiksel yang disokong dengan 1080p Hd video recording.



Video playback dia plak merangkumi : 1080p Hd video , H.264, MPEG, DivX, WMV
Audio playback dia : MP3, AAC, WMA

dengan ciri video dan audio dia tu tak sah la kalau dia tak boh HDMI video output kan? jadi dengan tu dia masuk skali HDMI output ni ke dalam dia punya playbook ni utk kita menengok apa saja kita suka atau tayangan perdana utk kengkawan.




Dalam dia dibina Wi-Fi - 802.11 a / b / g / n dimana kalau diikotkan era wifi ni bermula pada tahun 1997 dengan 802.11 sahaja dan dalam playbook ni depa masukkan 4 jenis wifi ni untuk keberkesanan kemantapan wifi dia dan cordless telefon pon guna wifi jenis 802.11g gak, Bluetooth 2.1 + EDR kiranya bluetooth dia ni amat sesuai la utk digunakan sebab dengan bluetooth jenis ni boleh menjimatkan power dalam benda ni. tak caya cari dalam wikipedia mengenai bluetooth dan wifi tu.
dia punya penyambungan plak seperti di bawah ni :
Connectors: microHDMI, microUSB, charging contacts open, satu platform applikasi yang sangat fleksible di mana dia ada sokongan yang mana menggunakan WebKit/HTML-5, Adobe Flash Player 10.1, Adobe AIR Mobile, Adobe Reader, POSIX, OpenGL, Java.

Badan dia plak ringan dan mudah di bawa dengan ukuran 5.1"x7.6"x0.4" (130mm x 193mm x 10mm), berat badan unggul dia plak ialah kurang dari satu pound iaitu lebih kurang dalam 400g saja.set Blackberry playbook ni dikeluarkan dan ditawarkan untuk kita guna dalam 3G atau 4G, pilih lah provider kita yang kita suka utk sambung connection 3G atau 4G utk playbook blackberry ni.

Puas hati? ok jadi sambil2 aku dok kelebek spesifikasi dia ni aku pon cari lah dia punya kelemahan atau perbezaan dia ni nak tau antara Blackberry Playbook ni dengan Ipad yang mana lagi unggul, jadi kat sini aku dapat simpulkan sikit bagi sebahagian besaq yang ada pada depa berdua ni.



Untuk Portability atau dari segi saiz dan berat dia ni dimenangi oleh Blackberry iaitu dia punya saiz dan berat agak kurang daripada ipad.
Processor plak buleh dekat Blackberry jugak sebab ipad dibagi kelajuan 1Mhz tetapi hanya guna satu core processor tapi untuk playbook ni dia gunakan dual core processor pada saiz yang sama, dan dalam masa yang sama dapat menjimatkan lagi bateri untuk playbook ni tetapi dalam pada tu aku juga kurang pasti chipset graphic jenis mana nak depa guna untuk mengurangkan penggunaan bateri pada playbook ni yang boleh tandingi Galaxy Tab dan Ipad.




Dari segi dia punya Display plak, kemenangan berubah kepada Ipad keluaran Apple sebab ipad guna skrin 9 inci dan resolusi dia pakau dalam 1024x768 dan spesifikasi pada iPad lagi menawan dan canggih dari keluaran RIM ni.satu lagi playbook menyediakan secara mendatar saja dia punya playbook ni tapi pada ipad plak kita boleh guna secara horizontal atau vertical.



Display.



connectivity menang kepada ipad apabila dia punya connection walaupun 3G tapi dia lebih bagus sbab playbook ni kekuatan dia lebih kepada wifi dan tengok saja pada handphone keluaran 3g dia sendiri.


Dibahagian kamera pulak mestilah dimenangi oleh Playbook ni sebab dia yang pertama menggunakan kamera yang lagi bagus dari VGA dan mengalahkan pesaing dia termasuk smarphone dan Ipad sekalipon dan dalam kategori tablet phone ni.




Gambar menunjukkan kamera dia.

Pada bahagian aplikasi plak lebih hebat ipad daripada BB Playbook sebab kita boleh lihat secara kasar yang ipad atau iphone sentiasa diminati disebabkan applikasi dia dan blackberry plak memudahkan kita untuk beremail dan surf internet sahaja tetapi dalam masa yang sama RIM telah berjanji untuk terus mengeluarkan OS terbaru dia untuk mengubah semua ni dengan os yang dipanggil Neutrino pada masa akan datang untuk dimasukkan ke dalam Playbook ni.

Jadi secara keseluruhuannya Apple dan RIM ni takkan membina benda yang perfect sebab mungkin ia akan menjatuhkan memana pihak dari pada untuk berniaga barang depa, betoi dak?? Jadi kesimpulan yang boleh dikaji di sini RIM ni tak kaji mengenai applikasi daripada market apple yang mana memang terbukti applikasi dia diminati oleh orang ramai dan playbook yang di cipta ni adalah untuk golongan perniagaan dan mungkin dengan keluaran playbook ni jugak dia dapat menjatuhkan sikit ipad tu dari segi jualan. Dan jugak kita mungkin tertanya-tanya dengan hardware yang dia ada, resolution dia dan jugak processor yang mensupport benda sekecik 7 inchi ni bolehkah dia punya bateri lawan dengan ipad yang dapat bertahan selama 10jam??

So sapa2 yang rasa lebih suka bawak benda ni dari laptop ke pejabat bolehlah membelinya sekarang di toko-toko berdekatan.Satu lagi di dikeluarkan untuk 16G dan 32G sahaja.



First look for Blackberry Playbook

5 comments:

Kak Mahh said...

Bestkan....kalau ada orang bagi percuma sebagai hadiah satu...

mizan said...

itula..sapa la insan yang ikhlas tu nak bagi hadiah lagu ni..

ApiAzul said...

Mantap.. :)
http://BiruApi.net

Hidayati said...

Maner yg korang minat? Playbook or ipad?

Zizi | Beshito said...

Tgh bercadang nk angkat PLaybook..leh surfing, n ade bridge..smbil phone tgh caj,leh continue texting or BBM kt playbook ni.