Pages

Monday, January 10

Bangunan Pelik.

Tengah aku dok baca kisah kontroversi fasha sandha di facebook dan rumor pasai penutupan facebook pada bulan 3 ni dari kosmo yang dah 2 hari aku baca di website luaq aku terasa cam nak tgk bangunan pelik macam yang aku penah tengok di dalam filem-filem ataupon beberapa website yang ada.

Kalau hampa nak tau, aku ni lebih suka melapangkan masa dengan menengok gambaq- gambaq yang selalu orang letak di dalam deviantart.com atau memana web, dlu masa start dok rajin guna adobe photoshop atau tutorial apa2 kat dalam tu la menjadi sasaran aku utk mengkaji. kalini takda dah.dah besaq panjang pandai la cari belah2 lain plak..haha

ok harini kita nak tengok bangunan pelik plak sbb sblm ni keja dok tengok barang dlm bangunan ja.

1- The Crooked House




Kalau ditengok bangunan ni rasa macam anda sedang mabuk dengan dos ubat batuk yang dimakan semalam dan masih memeningkan kepala..atau rasa cam gambaq ni di ubah dari photoshop atau photofunia.Untuk pengetahuan umum bangunan ni dibina untuk berubah jadi camni dalam masa setahun dan dibina atas tanah di tempat bernama Sopot, Poland.Oraang yang membina atau melukis bangunan ni bernama Jan Marcin Szance iaitu seorang artis terkenal dan illustrator buku kanak-kanak dan jugak seorang kawan dia Per Dahlberg jugak pelukis yang tinggal di Sopot.

2-Forest Spiral a.k.a hundertwasser house




Diberi nama sebagai Forest Spiral oleh pembina dia yang jugak seorang arkitek bernama Friedensreich HundertwasserStruktur yang dibina dengan 105 apartemen keadaan laman yang indah dengan aliran berjalan. Sampai di menara di sudut tenggara, ada restoran, termasuk Bar cocktail.

3- The Basket Building




Bangunan ni adalah bangunan sebuah syarikat iaitu terletak di Newark, Ohio. Bangunan ni adalah bangunan yang merupakan paling pelik dalam dunia dengan ketinggian 180.00 meter persegi.Nak tau sebab apa nama raga sebab dia punya nama syarikat ialah The Longaberger Basket, sebelum dibina ramai pihak dah rajin dok pujuk tuan syarikat ni untuk ubah pendapat dia bagi membina bangunan ni tapi daripada apa yang dia nampak dari segi rekaan dan binaan ni lebih menunjukkan kepada personaliti dan nama syarikat depa. Kira orang tengok ja dah leh tau la syarikat apa punya hak milik ni, dia dibina dengan harga $30 juta.

4- Kansas City Public Library (Missouri, United States)




Bangunan ni adalah sebuah perpustakaan awam terletak di Missouri United States of Amerika.Sebelum membina semua penduduk di Kansas City perlu memilih buku apa yang paling berpengaruh atau menjadi kebanggan depa dengan rupa bentuk kulit depan yang menarik dan dengan pada itu akhirnya terbinalah bangunan ni dengan hasil cetusan idea dari penduduk tempat tu sendiri.Bagi gambaq yang lain keterangan pembuat bangunan tu tak dapat diketahui jadi aku letakkan gambaq dia saja.

5- Manchester Civil Justice Centre (Manchester, UK)




6-Nakagin Capsule Tower (Tokyo, Japan)



7-Stone House (GuimarĂ£es, Portugal)



8-Container City (London, UK)




9- Erwin Wurm: House Attack (Viena, Austria)




10-Wooden Gagster House (Archangelsk, Russia)




11-Fuji television building (Tokyo, Japan)



Ni bangunan yaang aku suka tengok, dah macam filem sains fiksyen dah plak, nama pon syarikat televisyen mestila kena buat gempak2 sikit kan.

12-The Bank of Asia a.k.a Robot Building (Bangkok, Thailand)




Ni salah satu bank yang ada struktur bangunan depa sendiri dan agak sempoi design dia kalau tengok elok2. Tunggu Ultraman ja nak mai laser robot neh..hehe
Ok lah sampai sini dlu la, kalau ikotkan ada berlambak lagi nak letak tapi letak banyak2 pon tak ramai yang nak usha sampai habis jadi aku letak sikit2 dululah. Kalau ada permintaan akan di update sebagai PartII plak.

No comments: