Pages

Monday, January 10

5 App untuk anda sihat dan cergas.

Bila ada handphone gedabak-gedabak ala-ala ketoi bata yang boleh muat turun,pasang lagu kuat2, main game,layan internet(kalau yang berduit utk pakai line bayaq bulan2),amek gambaq kawan-kawan "belanjer"..opss...

haha..bagi yang super aktif cam setengah kawan-kawan aku yang mana ada yang kaki sepak bola dalam gelanggang, kayuh gerek@basikal, menyertai pasukan unit penyelamat kampong dan sebagainya mungkin boleh memakai aplikasi ini untuk kepentingan diri anda dan kawan - kawan lain.

Beberapa application ni dicipta untuk orang yang mementingkan gaya hidup sihat dan bukannya yang boh bagi ada saja. Salah satunya ialah :-

1- iMapMyRide




Applications ni adalah percuma untuk didownload kedalam handphone yang di panggil Intelligent Phone atau iPhone dimana handphone ni memerlukan ada mempunya talian internet dan bukannya talian internet yang telah dipotong atau takleh guna internet. Fungsi applikasi ni adalah untuk anda yang gemarkan kayuhan laju seperti ribut taufan La'Nina dan sebelum ni taktau yang dia memang laju boleh pakai sebab dia akan bagi anda tahu tahap kelajuan anda, jarak dan laluan. Dengan 3 benda ni apa lagi yang boleh kita baca apa dia nak bagi ada, mestilah GPS kan, dah masuk jarak dengan laluan mestilah GPS dan ditambah dengan kelajuan kita untuk sampai ke destinasi yang kita mau. Jadi bagi kawan-kawan anda yang ada iphone dan mengayuh gerek tu bolehlah pakat2 pakai benda ni, dimana anda boleh terus update status untuk bejumpa di mana dan anda boleh tau kawan2 anda sedang kayuh di mana menggunakan GPS ni tapi bila depa balas anda di twitter la sebab hanya perlu twitt di situ saja, kira takda la nak keloi dalam talipon masa kayuh tu nak tanya kawan2 dok mana, kira dia untuk sambungkan hampa dengan lebih baik lagi la, takkan ada kemalangan akan berlaku jika anda menunggang tanpa memakai henpon ketika menunggang.
Ini khusus untuk kawan-kawan yang sukakan latihan berbasikal yang mencabar dan boleh save kelajuan,jarak dan apa-apa data yang diperlukan untuk rujukan semula.
untuk lebih lanjut boleh klik link ini iMapMyRIDE


2- Couch to 5K

Applikasi kedua ni plak untuk para pejalan kaki yang suka sangat berjalan kaki tambah2 time shopping kan, semua kedai nak dimasuki..hahaha..jadi bagi para skuad pejalan kaki yang rajin mengukoq jalan tu sambil berjalan bolehlah letak applikasi ni dalam talipon bimbit. Kiranya alat ini membantu anda berjalan sejauh 5 kilometer dan kita bolehlah set kat dalam tu dan masa kita berjalan tu takpayah pikiaq apa pon, bila dah sampai di paras yang sepatutnya dia akan alert kan kita pada jarak atau masa yang kita dah setkan.dalam dia gak boleh connect facebook dan twitter serta membuat album lagu.boleh rujuk link ni Couch to 5K




3- Jillian Michaels Fitness Motivation App


Kalau nak tau dia ni adalah orang yang top di US dengan rancangan tv untuk penggemar sukan aerobik mahupun dengan kata lain yang rajin senaman ala-ala gym. kalini dia buat applikasi ni untuk yang gemar bersukan di gymnasium untuk pertumbuhan badan yang elok seperti jaguh bina badan negara.Dalam applikasi ni ada terselit video cara-cara kita nak bersenam dengan tunjuk ajar dari Jillian nih,bahagian yang kita dah target untuk memantapkan lagi apa yang tak mantap dan beberapa bimbingan latihan sukan gym lah. kiranya tanpa perlu ke gym pon dah boleh cari la botoi-botoi air dalam 20Liter tu untuk kita buat senaman nih dengan ada instructor sikit punya padat body dia dok ngajaq.Yang suka ke gym tu boleh teruskan usaha anda selepas nih.

Ni adalah contoh video latihan dalam applikasi ni.

Boleh dapatkan software ni di link ni dan jugak beberapa artikel yang boleh dibaca untuk memahami dengan lebih lanjut.
Jillian App

Ok dan software lain yang boleh anda cuba ialah Virtual Trainer dan Pumpone.

Selamat mencuba dan terus menyihatkan tubuh badan anda agar nampak langsing dan padat.

No comments: