Pages

Tuesday, January 11

Edit Video di iPhone 4..




Tadi masa lepak di warung saudara Maher the kungklangkungklang bersama kawan ada tertengok video kayuhan puak Jitra Fixed Faction(JFF) (untuk yang taktau apa itu JFF boleh klik kat link JFF tu) pada petang tadi di beberapa laluan yang agak mencabar dan superb laju cam sorang pengayuh bernama The Rocket Pi..

Dok-dok tengok Mon Just Click tanya pasai window movie maker untuk diedit video terbabit, jadi aku pon tny ada dak editing app untuk video dlm iphone 4 jadi dia kata..tatiaw la ada ka dak, jadi search punya search tenyeh punya tenyeh pad pada laptop aku ni jumpak la menatang ni.

Nama software atau application ni ialah iMovie di mana anda boleh terus mengedit video dalam HD.

Jadi mai kita tengok apa benda ni bleh buat dengan harga USD4.99

First anda perlu ada handphone yang bernama iPhone bagi keluaran generasi ke empat iaitu iPhone 4 ataupon iPod touch jugak generasi ke empat.



Applikasi ni dibina dengan penuh teliti oleh dia punya pereka, teliti tu maksudnya jenuh gak la nak boh coding untuk program dia tu la..bukan teliti cam dok jahit jala yang sudah koyak.

Menggunakan Multi-touch iaitu dengan hanya perlu memilih video yang sesuai untuk projek yang nak kita buat guna software tu, pastu boleh drag dan trimkan video tu untuk kepanjangan dan kelebaran saiz video nak di edit dan gambar yang nak dibuat video.Boleh lak zoom terus untuk tengok video tu dan dia punya timeline yang ni di panggil pinch timeline and video to get a closer look bak kata orang puteh.

Kedua nya boleh plak dibagikan tema untuk video terbabit, kira macam kaau blog leh la letak label apa2 cam holiday ka,berita ka or apa2 saja yang boleh boh dalam tu selagi boleh..kalau takleh buat apa nak boh.
Dengan pilihan tema tu dia akan disesuaikan dengan lagu yang sesuai untuk tema tersebut, rasa aku ada setengah orang yang takmau pakai lagu untuk tema tu mungkin dalam applikasi ni boleh kot buat lagu sendiri.

Ketiga dipanggil Add music and photo dimana boleh lah kita letak gambaq atau video yang kena dengan tema video tu atau boleh pilih di library music yang kita ada dalam talipon tu.



Last skali leh pilih jenis video yang kita nak pakai untuk biasa hingga ke Hd yang mana yang kita suka la dan boleh terus hantar ke tiubhangdotkom, email atau mms kepada rakan sepasukan anda.



Ok tu saja la yang boleh aku cerita skit pasai applikasi ni. boleh tahan gak la, kalau dah ada komputer atau laptop sendiri mungkin leh buat lagi sempoi kot. terpulang pada minat masing-masing lah.

Cam biasa kalau kita menaip dengan copy paste tu dan nak kan orang percayakan penulisan anda lampirkan link dia sekali. Jadi untuk yang nak tau lebih lanjut boleh klik di sini iMovie

Bawah ni adalah tutorial camna nak guna dia.

No comments: