Pages

Wednesday, January 19

Anda Selamat Menggunakan Facebook Application.




Selepas 3 hari berita pasai Facebook buat hal untuk amik kita punya no talipon dan alamat rumah kita bila kita nak approve guna apa-apa aplication dia cam teka cam monyet jenis apa rupa marka atau pakwe anda atau mari menilik nasib dengan mengenali jenis bulu hidung anda tu dah di disable dari dia punya system.Untuk lagi tau lebih lanjut pasai berita ni boleh cari dalam aku punya entry yang bertajuk " Jangan Guna Facebook Application Dah".

Jadi lepas ni takda la yang takot-takot lagi pasai semua ni terutama pemilik talipon bimbit berkelas tinggi tahap super computer atau pon pengguna laptop dan jugak desktop serta tablet. Jadi lepas ni beringat la sama.

Jadi dah disable tu jangan la nak boh semua benda dalam profile tu, jadi lepas ni kena la beringat bila kata tak lama lagi Facebook New Messages system tu keluaq semua email yang kita ada akan masuk dalam inbox tu, buleh chatting dan terima sms, yang tu lagi satu hal bila kata semua hackers akan cuba hantaq email berunsur virus untuk mencari apa saja benda dalam kita punya data tu.

Jadi lepas ni bolehla main poker dengan rasa selamat sikit noh..guna pon kena beringat, dah mula jadi lagu ni, kena la pakat2 hide ka tak pon toksah gatai dah boh benda yang boleh membuat kita mempunyai masalah dengan pihak yang bertanggungjawab yang kita tak kenai langsung.Lepas ni nak boh pon boh la nama kampong ka cam nama kampung cenohong, bukit akina ka tak pon tno talipon tu takyah boh, simpan ja dalam memori sendiri bila org tanya baru bagi, sebelum ni tak buat camni pon dah ramai stalker yang rajin mengambik kesempatan dengan cara ni..jadi facebook sekarang tengah mengubah sistem tersebut bagi membolehkan kita berasa selamat menggunakan applikasi dan teknologi yang di bagi untuk kita guna di masa lapang dan diwaktu pejabat masa bos takdak tengah main golf dengan kawan-kawan.Jadi buat masa ni belum dalam erti kata selamat lagi sebab depa akan mengambik masa berapa lama untuk mengubah fungsi tu pon aku tak berapa nak tau tapi selalu orang puteh ni suka kata " take a time to do this".

Kesimpulannya beringatlah dengan segala teknologi yang ada, jangan sampai teknologi makan tuan plak lepaih neh.Bak kata lecturer aku " kita buat dia ,jangan sampai kita lingkop pasai dia"

Sekian, harap maklum.

Link untuk anda selidik ada di bawah ni. Sediakan google translater bagi sesapa yang bahasa inggerisnya sekadar tahap kelas bawahan saja.
Facebook lagi..hari2 facebook

1 comment:

Mknace said...

:) :) :)
terbaeekkk!!!!

singgah pagi dari mknace unlimited