Pages

Saturday, January 15

2 Model Blackberry terbaru..mantop!

Kali ni nak cerita sangat2 kat hampa pasai 2 model blackberry yang paling terbaru yang agak style dan memang ramai ternanti-nanti pasai phone ni.

Mungkin akan dikeluarkan dengan spec yang lagi tinggi daripada blackberry yang ada sekarang yang mana paling tinggi pon kamera dia dalam 3.2 megapiksel dgn ram dan apa bagai lagi benda yang ada dalam tu termasuk dia punya resolusi paparan pada skrin.

Ok bagi yang belom amek tau lagi, blackberry kini akan mengeluarkan model terbaru depa iaitu Blackberry Dakota, dimana model jenis ni adalah yang canggih gak la kalau nak ikot di bawah produk keluaran RIM ni.

Blackberry Dakota ni adalah yang paling terbaik sebab dia berfungsi dengan 2 jenis iaitu first dengan QWERTY keyboard yang memang popular bagi adik beradik blackberry ni dan yang paling terbaru henpon ni juga menggukanan skrin sesentuh.

Untuk spesifikasi bagi Blackberry Dakota ni dia menggunakan paparan skrin 640×480 dengan skrin selebar 2.8 inchi yang mungkin agak lebar dari yang model sebelum ni. Dinaik tarafkan dia punya kamera menjadi 5 Megapiksel dengan HD video, blur reducstion bersama khidmat penolong dalam gelap iaitu Flash.Memori dalaman sebesar 4GB, ditolong dengan pacuan RAM 756mb. Mempunyai 3G hotspot, wifi dan bluetooth.Setebal 10mm, micro usb port dan menggunakan OS 6.1.

Tu saja yang dapat aku cerita sikit pasai spesifikasi untuk henpon tuh.



Blackberry Apollo

dinaik taraf untuk model jenis Blackberry Curve.

tah dah kan? kalau la ni Blackberry Curve pon dah ada model 3G, Yang ni mungkin ada penambahan sikit pasai benda ni.

Apollo ni running guna Os macam Dakota gak iaitu OS 6.1, skrin kecik skit resolusi dia dalam 480x360 dan ada wifi dengan GPS, kamera dia plak 5MP dengan flash, bluetooth 2.1 dengan 512 mb storage dan ram sederas 512mb saja.Dia punya ketebalan plak 11mm.



Jadi pada yang dok tercari-cari nak pilih yang mana tu bolehlah tambah 2 bijik ni sebagai faveret utk model yang rasa nak beli nanti na..

No comments: