Pages

Saturday, September 22

Jeans Untuk Smartphones.

Agak lama jugak gamaknya gua tak update belog nih,maklumlah kerja banyak dengan penggunaan internet yang agak melimitkan kehidupan gua, sekarang gua banyak menggunakan Blackberry sebagai medium untuk gua berhubung dengan alam maya.

So.kepada yang kerap mengunjungi belog nih,gua ucapkan jutaan terima kasih kerana menaikkan gua punya page view.

Harini gua nak share sejenis seluar jeans yang agak cool,cutting pon cantik dengan denim buatan mesin. Jeans ni dikeluarkan oleh satu kampeni bernama Alphyn Industries di mana seluar jeans ni sebenarnya diinspirasikan daripada seluar tentera.

Jadi jenama yang dipanggil pon agak ketenteraan lah gua rasa, nama jeans ni di bagi nama sebagai DELTA415 Premium Denim Jeans.

Kesesuaian jenis smartphone yang boleh digunapakai pulak adalah terdiri dari semua brand telefon bimbit berskrin sesentuh tidak kira selebar mana sekalipon janji "celus" dengan poket seluar ni.









Smartkan? Gua tengok seluar nih dah macam seluar Uniqlo KLCC gua ja, memang amat sesuai ketika memandu jugak gua rasa ni,tak berapa nak kekok sikit bila nak raba-raba peha sambil memandu tu.

Kalau korang nak tau,kampeni ni bukan saja buat seluar jeans ni,tapi jugak buat Jaket untuk iPad dan lelain lagi. Bagi yang berminat dan nak tau lebih lanjut bolehla cuba pi ke link di bawah.

Via Alphyind.com

No comments: