Pages

Saturday, April 23

Pintu Kreatif.

Pada sesapa yang rumahnya takdak pintu lagi nih boleh cuba cari pintu ni di beberapa kedai pintu termasuk Kedai Ahmad Albab, mungkin di sana ada pintu-pintu yang agak mempunyai kegunaan cam pintu yang sedikit kreatif nih.

Pintu Papan Tulis


Pintu yang sering digemari oleh semua mak ayah dan anak-anak dan yang sangat pentingkan penjagaan alam dan malas nak menggunakan kertas, boleh tulis apa saja yang nak dipesan di atas pintu nih, harap-harap kapur tulis masih lagi ada dijual di kedai alat tulis berdekatan.



Pintu 2 Hala




Boleh guna untuk masuk dengan menolak atau menutup pintu, dan pintu ni akan menjimatkan space ruang kat kawasan pintu tu gak, nama sistem ni dipanggil Ergon.

Pintu Masa Depan


Ni bukan pintu untuk pi kemasa depan tapi design dia nih untuk yang mungkin lagi 2 taun ke hadapan orang akan pakai pintu camni di appartment mahai yang menjimatkan kos dan keadaan pintu yang kena tebok untuk letak peti surat dan jugak nombor rumah. Pintu ni ada 3 kegunaan iaitu ada poket yang boleh letak surat-surat kat situ oleh post office men riding red motorcycle. Bukan tu saja, pintu ni disertakan dengan kunci pintu yang menggunakan remote control dan bukan lagi menggunakan besi cap ayam yang selalu digunakan oleh kita yang rajin patah dan kena pi tempah balik kat kedai Maniam Tukang Kunci.

Pintu Retak Seribu


Amat setail sekali bila digunakan di dalam movie bertajuk Rumah Puaka Pak Meon.Hasil ilham pereka dari Argentina bernama Leandro Enrich.

Pintu Macam Nescafe 3 Dalam 1


Pasai apa tiga, sebab boleh digunakan oleh orang dewasa, golongan dak-dak skolah dan jugak bebudak baya-baya 5 tahun kebawah yang memang kecik dan takleh nak capai tombol pintu yang separas kepala tu, jadi dengan pintu ni senang depa nak keluaq masuk dari rumah...takyah nak jinjat lagi dah.

Kalau yang berasa kaya sikit tu dan nak hebat, boleh pasang semua jenis pintu nih di rumah hampa, kompem kena amik gambaq dan buat profile picture facebook sambil pakai boxer dan baju kemban2.

No comments: