Pages

Friday, April 8

Mengidam Jadi Cyclops.

Filem X-Men punya salah satu watak superhero..mengasyikkan bila di buka spek dia terus keluaq cahaya merah hasil CGI yang power dan boleh menghancoqkan semua benda didaratan nih..sapa tak kenai sumpah dia dok tidoq masa tayangan movie nih..mesti ada yang penah mengidam nak jadi cam dia kan2??





Dengaq cerita depa nak buat filem pasai Cyclops ni plak dan bagi yang memang minat dengan watak dia ni dan sangat-sangat kipassusahmati dan nak nampak macam dia masa nak pi tengok movie tu, bolehlah start kumpul duit dalam rm50 untuk beli perkakasan nih, aku bagi cara nak buat sekali dan hampa boleh jadi Cyclops yang low budget dan takyah pakai efek apa semua...

Barang yang diperlukan adalah cermin mata Oakley yang dijual di pasar pagi, uptown damansara ka,danau ka,atau memana pekan yang ada juai cermin mata RM10 nih bole la p cari, pastu kena beli plak selotape satu gulung yang jenis sesuai untuk diguna serta laser dalam kuantiti yang sesuai dengan hampa punya bentuk muka pecah rumah dan cermin mata tersebut,dan bawah ni ada gambaq bersama cara-cara pemasangannya.



Yang tak best..kena on button tu semua sekali siap-siap baru pakai spek..yang ni yang paling leceh bila low budget dan badan yang berkaitan takmau bagi dana untuk topup budget filem melayu kat Malaysia nih..jadi sama-samalah kita tengok cerita Mantera hasil lakonan jejaka menyanyi sambil kepit hidung masa tarik nada tinggi yang dah jadi jutawan SMS.

Selamat mencoba...hehehehehehe

2 comments:

Rafi Nilhan said...

haha.. dah test tembak orang ke?
dasaatt.. :)

Encik Amie said...

masa bola hari 2 m'sia lawan indon'sia 2 da try.