Pages

Saturday, April 30

"Like".

Macam biasa kalau melepak sehari-hari mesti ada saja perbincangan yang diatur oleh kawan-kawan aku, tambah-tambah la ni ramai gak yang dah bercuti dan akan mula la, rancangan awal untuk pi berkhemah atau pi kemana-mana di masa cuti ni, tu tak termasuk lagi dengan kenduri kawin kengkawan..

Jadi pada satu malam tengah melepak ada yang bagi cadangan untuk pi ke port melepak di waktu malam sambil cuci daki di badan iaitu tempat paling heaven untuk mandi waktu pukul 1 pagi di Baling, Kedah.

Apa lagi, semua pakat "like" cadangan rakan Renjong kami nih, dengaq kata mak dia pon nak buat bihun goreng macam zaman tadika dulu, pergh..mesti lagi heaven.

Jadi hampa nak tau yang bukan saja facebook ada button "Like" tapi di alam maya dan bagi group kami ni kalau sesuatu cadangan di "Like" oleh kengkawan, kami akan buat thumbs up dan tonyoh kat dahi kawan tu..dia macam yang Cop Sah untuk sijil apa-apa tu la kiranya, jadi lepas ni kami semua tak perlukan untuk gunakan tangan lagi sebab kami dah ada alat yang lagi sempoi untuk "Like" apa saja cadangan kawan-kawan, moto group nih dipanggil " Apa Saja Jadi".

Jom tengok apa yang aku kata yang best sangat alat yang kami akan guna untuk "Like" tu.



Tolong "Like" kalau suka.

6 comments: