Pages

Thursday, March 24

Waktu Untuk Post Entry Baru.

Macam mana? ada macam jadual waktu kat kolej dak? Hari ni aku nak share waktu yang sesuai untuk post blog dan menarik isyarat pemanggil daripada blog anda.

Disini bukan tutorial gampang nak tarik traffik banyak2 dengan entry yang macam sampah seperti tajuk yang sempoi tapi isi tah hapa-hapa.

Jangan jadikan blog seperti buku sains tingkatan lima mahupon penuh bahasa baku yang akan buatkan blog hampa semua nampak beku.

Waktu yang sesuai bagi aku untuk post entry baru adalah di kala matahari belum terbit iaitu dalam pukul 4-6 pagi, itu amat afdal sekali. Lepas dah post tu akan dapat traffic untuk waktu pagi saja dan tambah la dalam 2-3 entry pada tengah hari pasai time nak dekat lunch tu ramai yang kerja di pejabat dan jenis yang mangkit tengahhari dikalangan anak dara dan teruna yang masih tanam anggur di jamban rumah lagi.

Pasai pa best waktu tengah hari? time tu la ramai nak lunch kat pejabat sebab time tu la bole check website shopping yang best2 maklumla harini Goverment punya pekerja dapat gaji tak pon nak buka web bayaq bil itu bil ini termasuk nak masuk blog-blog yang memang hari-hari dah memang blog tu saja di buka termasuk berchatting dan post status via wifi curi " makan megi di mekdi.." di facebook.

Time tengah hari ni memang semua traffik akan mencanak naik dari 0 kepada 100% termasuk traffic light di jalan raya sekalipon memang akan sesak time nih dengan acara amik anak balik skolah dan hantaq bini pi kerja.

Bahagian ketiga plak boleh la post masa time pukul 7.00petang camtu pasai time tu la orang akan tengok drama swasta, akak lentik dan abang jambu nak upload gambaq hangout kat kedai makan bertaraf cekik darah dengan hanya order ayaq jus oren tapi makanan penuh dimeja hasil order kawan-kawan yang bayaq pakai duit hasil cukai yang kita dok bayaq hari2.

Mungkin akan ada yang marah pasai pa aku soh post time pukul 7.00 dan bukan lepas waktu maghrib, pasai time maghrib orang nak semayang, lepastu buka warta berita tengok gosip pasai politik, keadaan dunia dan macam-macam lagi termaasuk berita sukan. Dan bukan susah kalau nak pos pukul tujuh malam pon, taip la awai2 sikit then set kat dalam blog waktu untuk entry tu keudara, tak payah mana pon, nak tau camna nak buat utk bagi auto ping entry bole cari kat google.


Okay itu saja jadual waktu bagi blogger yang baru nak "UP" macam aku nih yang rasa selama ni hari- hari taip entry best dan banyak plak post tapi tak da sapa nak masuk tengok.

LEpas ni boleh cuba cara ni. Jangan lupa isi sangat penting.

Terima kasih kerana membaca. Selamat mencuba.

1 comment:

Abang Zam said...

jangan cakap camtu doh..hari2 abang masuk belog kau..

tapi time camtu memang best nk buat entry..