Pages

Thursday, March 24

Blog Sampah Terbaik Dari Ladang.


Nama blog menceritakan keperibadian sorang blogger tu, tapi bila nama dah sampah tak semestinya blogger tu orang yang sampah dan buat hampa semua yang baca menyampah.

Firstly, ditulis oleh sorang anak muda yang gilakan muzik tak kira daripada alatan muzik cak lempong sampai guitar hero, pernah mempunyai sebuah band yang mana vokalisnya seorang yang bisu, perangai yang agak tidak stabil,ditambah lagi sebagai seorang yang tidak boleh dijadikan pemandu atau merangkap pembantu pemandu disebabkan sifat beliau yang pantang sandar kat bangku Recaro mesti lelap punya walaupon kereta tu masih belom masuk gear 5.

Cerita pasai diri dia sebagai student di sebuah kolej terkemuka di sebuah pulau yang terletak di langkasuka macam cerita merong mahawangsa, sifat ingin memberitahu kelakuan anak muda remaja tatkala dilanda dilema masa tak buat apa.

Semua coretan dia diletakkan di dalam Blog Sampah

Yang paling buatkan blog ni lain daripada yang lain, sambil membaca blog ni anda diharuskan memasang lagu-lagu yang dah dibagi tajuk lagu dan penyanyi lagu tersebut sekali untuk dikenakan dengan tema tajuk dan feel ketika membaca.

Tak pecaya gak? Jom pi terjah.

2 comments:

Abang Zam said...

ahah..sempui doh..siap berlagu..

amie said...

memang sempoi..tambah2 bab entry pasai mimpi.