Pages

Tuesday, March 22

Berus Gigi. Pilih yang sesuai disini.

Berus gigi, sapa tak berus gigi tak macho dan manis la..hahaha..gigi akan rosak teruk dan kekuningan sambil ada putih2..ish..bila pikiaq balik rasa nak wekk pon ada.

Ok, aku share beberapa berus gigi yang amat cool di kala senja nih..

Jom ikot aku kepasaraya berdekatan untuk sama-sama kita cari yang mana yang sesuai.


TwistBrush



Berus gigi yang sesuai untuk para pengembara dan yang rajin pi merata termasuk berkhemah dan malas nak bawak ubat gigi bersama. Berus gigi ni sesuai sebabnya boleh isi siap2 ubat gigi kat tempat pegang tu dan bila nak guna saja bole pusingkan butang kat bawah skali tu dan ubat gigi tu akan naik di bahagian berus gigi tu.


Hooking Brush



Berus gigi ni dicipta untuk simpanan yang mudah dan tak perlukan ruang yang banyak, sangkut saja tang mana pon..hahah..ada 5 warna bagi berus gigi nih, dan aku rasa memang sesuai la bagi kawan-kawan yang dok dirumah sewa mahupon secara bekeluarga dan bilik air tu kecik ja.

Denticool Finger Toothbrush



Yang ni ciptaan dari Korea yang mana dibuat daripada silicon dan just sarungkan kat jari, letak ubat gigi dan boleh mula start memberus gigi.

Brush And Rinse



Berus gigi ni nampak biasa saja tapi akan jadi luar biasa bila nak mencuci mulot di kepala paip air kat sinki tu, ni sebab bila di letak berus gigi kat situ, air akan memancut macam air mata air..hahhaha..tak pon air pancut la senang cerita.Sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang IQ rendah. Hehehe.


So tu saja la untuk waktu ni beberapa alatan memberus gigi yang agak ada gaya tersendiri. Pilihan terletak di tangan anda. Jadilah pengguna yang bijak. Untuk nak tau dengan lebih lanjut pasai berus gigi ni just klik kat nama berus gigi tu untuk ke link seterusnya.

No comments: