Pages

Saturday, February 26

Beg Untuk Shopping.

Haritu aku pi beli belah kat satu pasaraya time raya cina di Penang. Selepas membayaq cashier tu cakap kat sana memang hari-hari dah tak bagi beg plastik jadi kena la bawak beg sendiri lepas ni kalau nak p shopping atau pon bayaq 2 kupang untuk dapatkan beg plastik.

Jadi kepada sesapa yang nak buat style bawak beg masa shopping tu.. boleh la try beg yang aku nak sharekan sikit kestailan dia tuh.

Jom ikot aku meronda usha kaki-kaki shopping kat belah barat sana nuh yang mana bila tgk movie slalu depa pakai beg kertas ja bila bawak balik barang dari kedai.


Ni yang aku kata style tu, sebab aku pon perot dah cam pelampung dah..jadi nak bagi nampak agak mantop skit bole la try beg ni.


Bagi pencinta haiwan termasuk mat-mat bela kucing,arnab,ulaq sawa batik cap merak dan segala bagai lagi pencinta alam sekitar termasuk penanam pokok bunga tahi ayam bolehla try beg nih..tapi ni utk yang memang sukakan binatang dan nak menunjukkan yang kita perlukan alam sekitar yang hijau dan haiwan ni akan memegang tangan anda ketika anda berjalan membawa beg nih.


Bagi yang selalu menghabiskan masa dengan ketulan besi sambil diajaq oleh abang muscle besaq-besaq lagi hensem boleh try berjalan bawak beg ni selepas kelas..sure kacak dan bergaya buat gadis lentik tengok tejegey bijik mata.


Ni pulak untuk yang kaki pukoi termasuk yang nak nampak maskulin skit..tapi..tatau la tang blah mana yang nampak maskulin tu..aku tengok besa ja.


Beg ni dihasilkan di Filipina dimana semua kedai letrik atau mungkin depa punya kerajaan nak meningkatkan kesedaran pasai penggunaan alat letrik yang betoi..Sesuai utk kedai-kedai letrik mempromote barang depa.


Kalau ada kengkawan yang suka minum teh..jangan la hampa dok p buat "tahana" kat dia dok buleh bawak mai timba besaq bagi nak celop teh lipton nih..kesian kat kawan tu sat lagi..nak melawak pon agak-agak la nohh..

1 comment:

Kujie said...

kalau dah cantik macam tu, sayang pula nak guna

kak jie masih guna green bag tesco warna biru tu walau pun pada hari sabtu.... sekarang ni memang dah biasa tak guna beg plastik