Pages

Tuesday, January 11

Kasut Pelik

Harini kita menyelam lagi kedunia fesyen untuk kasut yang rasa aku tadak orang nak pakai kat public atau just beli dan letak dirumah sebagai hiasan dalaman saja.

Kalau dah kata pelik hanya kebanyakannya artis seumpama Lady Gaga ja yang sanggup pakai, kalau di malaysia ni belum ada artis yang segila cam dia lagi.

Ada yang boleh diterima pakai oleh otak dan diterima pakai oleh mulut kita yang suka mengata..hahaha..jadik mai kita belek sambil renungkan kasut2 ni punya design.




Bagi orang yang mengutamakan persekitaran hijau mungkin suka dengan kasot ni dan akan beli letak dalam bekas kaca yanng kaw-kaw punya tebai dengan diterangi lampu yang cun.




Bagi gadis yang ingin rasa setinggi kakak zee atau zirafah boleh memakai kasut ni untuk anda kekal langsing dan sila sediakan wang secukupnya untuk kaki anda diurut setiap kali memakai, ni kompem mau amik masa dekat sejam nak pakai ni jenoh polish bagi bekilat.



Bagi penggemar gadjet plak mungkin ni sesuai untuk anda dan amat sesuai untuk yang rajin pakai seluaq skinny yang sentiasa pentingkan poket tidak berselerak dengan barang-barang yang besaq. jadi dengan ada kasut ni sebagai wallet untuk gadjet anda kasut ni sesuai digayakan bersama seluaq skinny kuning pisang anda..



Bagi sesapa yang kakinya banyak parut akibat masa zaman kecik suka berkubang di dalam longkang yang airnya lebih pekat dari kopi yang aku baru minum pagi tadi semasa breakfast dan parutnya amat nampak sangat2. Anda berani? belilah satu..



Design ni sesuai untuk sang pencinta muzik pop alternatif atau hardcore yang sentiasa gilakan muzik setiap masa, bila pakai kasut ni dah nampak yang anda memang seorang pemuzik dan pendengar muzik yang tepu.



Bagi yang gemarkan fashion burung merak ni amat sesuai untuk anda gayakan ketika majlis gathering darjah enam atau pon untuk ke pertunjukan-pertunjukan amal anjuran kampung anda.



Yang ni kita tak berapa nak berani komen sebab dia punya kasut hanya ada zip, apa nak di zipkan tatau la mungkin kena belit2 kat kaki tu dulu baru boleh pakai agaknya.




Bagi kakak yang sukakan legging atau seluaq ketat yang mana dah tau kata sah-sah kata haram pon pakai gak, ni adalah kasut yang amat sesuai untuk anda dipakai bersama baju menutup bontot anda.


Ni adalah kasut Croc versi terhad dan hanya ada sepasang saja didunia sebelum kelahiran kasut Croc yang muncul bagaikan cendawan tumbuh ketika hujan di petaling street, feringghi street dan uptown sekitar malaysia ni.