Pages

Wednesday, January 12

Jam tangan yang cool dan pelik.

Sebelum ni pelik dan cool jadi aku gabungkan kedua-duanya khas untuk peminat jam, yelah takdak jam pon susah gak kan kita nak buat apa yang dah termaktub dalam hidup kita ni.

Jadi hari ni nak kongsi skit beberapa jam yang aku rasa boleh diterima akai dan jugak boleh kita beli kalau juai, gempak gak jam-jam ni. pandai depa design.

meh kita tengok sedikit gambaq yang aku dapat tackle masa depa tengah ralit buat jam2 tu..hehe..

1- LCD Radar Watch




Jam ni adalah jam yang paling susah untuk kita tengok dia punya waktu kalau kita tak baca buku panduan yang dibagi masa beli sebab kalau pakai pon kita memang takkan tau waktu dia bila belek setiap masa. Jadi untuk sapa yang suka merahsiakan masa tu bolehla pakai jam ni dan kenakan kawan2 anda yang dalam hidup dia tak penah tengok jam.

2- Nixie Watch



Jam ni adalah jam yang sangat unik di mana jam ni adalah jam yang guna 2 digit sahaja nombor di dalam rekaan jam nih. Sesuatu yang menarik adalah jam tangan ni takdak tombol cam jam biasa, jadi bila kita nak tengok masa, just gerakkan cam masa kita nak tengok waktu di jam tangan kita dan jam ni akan keluaq tulisan bewarna oren daripada 2 botol kecik yang terdapat dalam jam tangan tu yang mana dia akan tunjukkan waktu jam dan lepas tu akan keluaq minit plak, simple dan sempoi untuk orang yang agak "geek".haha.. jam ni kalis air dan dibuat oleh besi yang dibina untuk membuat aircraft dan untuk pengetahuan jam ni dah soldout.Untuk tau lagi detail pasai jam ni bolehlah melawat website dia di Cathodecorner

3- Zihotch Watch




Jam ni mungkin yang paling hampa dan aku takmau beli pasai dia punya jam dalam bahasa jepun dan takdak nombor untuk ditunjukkan, kita kena dail 117 pada jam tu utk tau waktu dia dan akan keluaq suara yang bagi tau waktu kat kita dalam bahasa jepon. kalau tak paham boleh klik link ni utk download video pasai jam ni.
Zihotch.avi

4-Binary Watch



Jam ni memang kita kena belajaq betoi-betoi pasai binary code sebab jam ni tunjukkan waktu melalui binary code ja dengan paparan dia punya lampu LED tu.

5- Camera Phone Watch




Ni adalah jam untuk futuristik ni, design yang agak macam Gaban, dengan adanya wireless, GPS, Infrared, skrin lcd dengan paparan 256 kaler disupport oleh RUIM card. Belom ada lagi khidmat industry atau syarikat jam yang ingin atau teringin nak buat camneh cuma yang ada pon jam blackberry yang aku cerita tu dah buat, mungkin diambil idea dari sini gak la kot.


6- Zero Watch



Disebut pasai future, ni adalah jam yang memang confirm sempoi dan simple dan belum ada tanda-tanda nak dikeluaqkan lagi, kalau tengok cam tadak apa yang ada di skrin jam tu tapi kena ingat, kita kena belajaq gak tengok jam, kira nak pakai jam ni kena pi skolah gak la. gambar di bawah ni adalah cara kita nak tengok masa kat jam tangan yang dipanggil Zero ni.



7- Thumbnail Watch



Yang ni paling sempoi dalam sejarah jam, just lekatkan kat jari kita ja, dan bila nak tengok akan tunjuk masa macam dalam gambaq tu, serius cool habis tak sangga dah ni.Semua syarikat jam akan bedarah hidung dan menangeh tak berlagu bila jam ni keluaq. confirm laku.

Jadi kita tunggu sajalah yang design macam mana yang akan keluaq untuk tahun tahun akan datang.Semoga menjadi pilihan terbaik untuk masa depan.
Masa itu duit buat zaman skarang.sekian.

5 comments:

saya_arief said...

adeh..
nak tengok time pown susah cam ni..
;p

amie said...

haha..tau takpa cik arief..tapi design dia gempak..

miss lolly a.k.a luvfareda said...

Xtakut meletop ke pakai jam ganas2 sgt neh =p

amie said...

kompem tak melutup punya ni..kalau meletop kita claaim dari syarikat tu

eryn abdullah said...
This comment has been removed by the author.