Pages

Wednesday, December 15

"World, Meet Rockmelt" if u addicted surfing FB and Twitt







Tak puas hati dengan Part 1 punya defination about this browser aku buat balik untuk part 2 merungkaikan semua apa yang tak dapat diungkaikan ketika itu sebab masa tu 1st time aku taip dan masa tu jugak otak aku tengah blur mcm baru lepas lari secara solo naik tingkat 20 dengan menggunakan tangga dan speed yang agak kencang lagi kencang dari sepakan Wayne Rooney ketika mengambil penalti semalam biasala first time tulis mestila caca merba skit kan..? jadi dia buat pulak bak kata kawan2..

jadi di sini aku nak gebang skit la mcm apa yang telah dihebahkan di part 1 tersebut dan akan aku cakap balik semuanya dan ada pertambahan dalam ini blog. Ini pembuka kata.

Ni mukadimah pasai browser paling laju bagi aku setakat ni dengan menggunakan broadband maxis 1Bar HDSPA punya line tahap kelajuan..

Okay cukup,sat lagi hampa semua booooooorinnnnggg...

Boleh dikatakan setiap browser baru yang muncul bagaikan setiap telur yang sentiasa menetas setiap hari,tetapi satu browser yang berbunyi bukan seperti telur tetapi seperti nasi lemak atau sandwich hanya mempunyai satu di Philadelphia, Amerika Syarikat yang sememangnya tidak pernah mempunyai Raja, dan semua orang di sana sentiasa tertanya-tanya apa itu Rockmelt??!!


Jadi ianya ialah sebuah browser, ianya dibina di atas Google Chrome atau di panggil istilah projek Chromium.makna kata sebelum ni anda yang pernah menggunakan browser google chrome akan dapat rasa pertambahan kepada bahagian kiri dan kanan bahagian google chrome tu ada satu kelainan iaitu penambahan itu lah yang dipanggil ROCKMELT iaitu tambahan satu fungsi untuk anda bersosial di facebook dan juga twitter dan anda boleh bookmark apa sahaja. seperti gambar di bawah






Orang hat jumpak Rockmelt ni ialah Pasukan Howes dan Eric Vishria dan telah disokong sepenuhnya tak lain tak bukan iaitu Marc Andressen pengasas Netscape yang satu ketika dulu ketika masih tak banyak web browser yang kita gunakan dan pada ketika itu dia telah dijatuhkan oleh Internet Explorer.Versi awal Rockmelt ni ialah dikeluarkan pada 8 November 2010..baru brapa hari sangat kan? sebulan pon tak sampai lagi ni dari tarikh aku taip artikel ni.

Jadi Rockmelt ni dibina atau dicipta mungkin untuk orang yang gemar menggunakan internet untuk berhubung,bersosial dan sebagainya.Semuanya ada disini dan sebab itulah apabila hampa semua bukak browser ni hampa perlu masukkan email dan juga password Facebook dan pilihan kedua kalau takdak Facebook bleh pakai Twitter.

Dibahagian bar sebelah kiri kita akan nampak senarai Buddy Facebook iaitu kawan2 yang telah kita add sebagai kawan lah..bila kita letakkan scroll mouse di salah satu kawan kita tu kita bleh la nampak dia tengah online,dapat tgk status terbaru dia,bleh chatting secara terus daripada chat di facebook tu,bleh buka terus dia punya profile,boleh terus send message ke inbox dia malahan kita boleh add dia sebagai favourite kita seramai dalam 5 orang kawan sahaja kita leh add jadi favourite.

Pada bahagian Address Bar di atas plak di sebelah kiri akan tertera Anda punya facebook sendiri dan boleh update terus dari situ dan kiranya tanpa perlu membuka page facebook anda dah bole update sambil main game Poker. Address bar tu ialah bahagian penting dalam Rockmelt sbb anda akan boleh terus sharekan apa sahaja link yang ingin anda share terus ke facebook mahupun twitter.

Di bar sebelah kanan anda ada sisi sebelah kanan tu plak dia panggil Feed, bukan feeder ok..kita boleh terus feed kan kita punya website kesukaan terus ke situ dan bila online tak perlu susah2 nak search kat google atau nak taip kat adress bar.Satu lagi yang ada pada bar tersebut ialah kita sendiri punya News Feed dan jugak Facebook profile dan bila ada news feed atau notification terbaru dia akan terus terpapar kat situ bersama jumlah notifikasi dan news yang paling baru kita boleh terus komen melalui news feed tersebut..cepat dan laju serta tak makan masa utk tunggu buka page dulu, jadi boleh la kita katakan Rockmelt ni adalah untuk yang betul2 hidup mati dengan facebook ni la untuk dengan lebih pantas mengepos apa2 sahaja kesana dan berkomunikasi dengan cepat.


FEEDS BAR

jadi, suka atau tak in RockMelt, kita boleh lihat the beginnings of a true social browser, one that'll more deeply integrate lots of different social services, from StumbleUpon to Flickr, and hopefully blend them together in a way that works. Given that more and more of the stuff we read and watch online comes from social networks, it seems obvious that the next step is to build that into the browser.

It's not hard to imagine one day seeing what all of your friends are browsing in real time without having to manually "share" anything, or watching crazy YouTube videos together. For now though, RockMelt's just a handy browser for serious Facebook and Twitter addicts who don't mind a little extra clutter in their browser window and the constant threat of procrastination.

Apa sahaja ada disini untuk yang memang kipas susah mati web sosial ni..dan rockmelt ni mungkin salah satu pemula bagi web browser yang akan wujud selepas ini yang lagi hebat..mana kita tau kan?



Ni beberapa tutorial yang boleh anda cuba kalau dah pakai Rockmelt,biar ia rockkan jiwa anda.


1- Update Status Di Facebook secara cepat



2- Memasukkan Bookmark yang dah ada dari dalam Browser lain seperti mozilla








3- Share dan terus post link di facebook





4- Nak add Feed utk gmail notifier atau apa sahaja website yang perlu.






Disini saya sajikan anda dengan video preview dia skit,mana tau baca saja tak nampak rupa pon tak seronok gak kan, mcm kenai marka online la tgk muka kat dlm gambaq ja,nak gak tengok depan2 mana tau dlm gambaq puteh mai depan2 kelabu..Jadi marilah mencuba, pada yang suka terima kasih kerana pilihan yang bijak,pada yang tak suka boleh terus guna apa yang anda suka.Minat orang kita takleh nak kata apa-apa.

No comments: