Pages

Tuesday, December 14

Anti-Virus pertama di dunia dan dicipta oleh Anak Malaysia




Dah baca kan tajuk di atas? masih tak percaya??

Disini aku nak cerita sikit la kat hampa semua pasai l anti virus ni..ok..memula sembang pasal anti virus dulu lah..

Anti virus ni diberi nama Ikona atau Ikona Maps yang berpusat di Swiss dan R&D serta pusat khidmat pelanggan nya di lakukan di Manila, Filipina.

Ketua Pegawai dia diberi nama Dato Kazmin Kuzi dan orang bawah dia CEO mestilah mat saleh kan..nama dia plak Nick Barton-Grimley bukan nick caarter ok??

Okay aku review plak pasai natang alah ni punya background dan apa dia buleh buat daripada antiviruss yang lain..tapi memula baca memang nampak cam lain macam dan tak pecaya jugak la..macam muhong pon ada..

Ikona ni tetap maintain cun selama 24j/7hari dan dibina oleh engineer atau jurutera software yang bertauliah dan mempunyai kelayakan yang secukupnya. Ianya didakwa bukan masuk mahkamah ok nak dakwa2..ni dakwa sebagai produk antivirus pertama stand alone di dunia, ia melindungi komputer daripada serangan siber meliputi malware seperti virus, cecacing, eksploit atau eksploitasi, backdoor, key logger, trojan, wabbit, root kit, spyware serta penggodam.Jadi ia tidak memerlukan internet dan tak perlulah gatai2 tangan nak tekan update sbb ia dapat menentukan jenis virus lama atau yang baru dicipta dan memang boleh kenal dengan mudah bukan seperti manikam mengenal jauhari.



PENGARAH OPERASI IKONA ENCIK MOHAMAD RAZALI

Bijak dak depa?? Amerika Syarikat punya pencipta software anti virus pun tak mau percaya pasaii benda-benda cam gini..depa kata mengarut..tak masuk dek akal bak kata org lama..mana mungkin dengan tidak punya internet antivirus ni boleh kenal satu persatu virus yang ada dialam maya ni..

Ikona ni berfungsi dengan pantas untuk membunuh bukan sejak virus dah memasuki RAM komputer riba atau letak atas meja kita ni tetapi membunuh virus tu sebelum sempat virus ni terbang sampai ke RAM itu sendiri.

Ikona ni akan mengimbas semua sistem dalam komputer kita selamat 7 ke 9 minit dan imbasan default plak akan di imbas setiap 30 saat sekali dan takkan memperlahankan komputer kita seperti antivirus cap ayam yang lain..

dengan Ikona Maps ni kita bukan sahaja akan dilindungi dari laptop terjangkit dengan virus tapi juga daripada malmware,spyware dan hack serta lain lain serangan di alam maya ni..satu lagi paling sempoi hanya jenis-jenis spyware yang layak di download di yahoo,google atau Adobe sahaja yang kita boleh nak download, selain daripada tu antivirus ni akan detect dan terus dihapuskan atau dihentikan pengoperasian untuk mendownload benda-benda tersebut..kira kalau yang rajin download tu nak guna benda ni mungkin akan rasa sakit hati skit la tak pon banyak..ikot keadaan pengguna dia punya hati dengan tahap panaih baran dia gak la...

Ingat..antivirus ni tak perlu di update dan tak perlukan internet untuk terus berfungsi dan boleh kenali virus baru dan lama dengan secepat kilat..

Harga untuk antivirus ni lebih kurang RM150 dan akan diedarkan di malaysia dan 12 negara eropah telah menandatangan perjanjian sefahaman dengan syarikat ni.

Jadi untuk mencuba kita perlu tunggu Ikona ni keluaq lah bila tu tak dapat dikenal pasti tapi benda ni dah lama dah aku baca dan disini aku terangkan lah sikit mana tau kot2 lepas ni antivirus ni top plak kat dunia ni bleh la orang review balik kat blog aku ni kan,,



GAMBAR HIASAN

so..selamat mencuba antivirus malaysia ni.pada yang nak guna yang selalu guna pon takpa..terpulang pada diri sendiri.yang penting kita sama-sama mendapat ilmu baru pasal benda ni.kadang-kadang tak ambik tau pon susah gak..jadi bila dah tau share lah sama2 dengan kengkawan dan jugak jiran2 tetangga..

No comments: