Pages

Sunday, December 19

Penyakit Darah Tinggi atau hipertensi

Sebelum ni aku ada cerita pasai penyakit kencing manis kan, hari ni aku nak cerita pulak pasai adik beradik penyakit kencing manis iaitu darah tinggi. Kalau kencing manis disebabkan gula penyakit darah tinggi ni disebabkan oleh garam kot kalau tak salah aku ramai org dok kata termasuk orang tua2..apa2 pon mai kita baca dan fahamkan bersama.


Tekanan darah adalah satu punca di mana satu tekanan yang diberi pada pembuluh arteri semasa darah sedang mengalir di sebabkan oleh denyutan jantung kita. Darah tinggi atau tadi aku cakap dengan nama Hypertensi ni plak merujuk pada tahap ketinggian kita punya darah tu yang meningkat daripada biasa kepada tahap lagi tinggi dan kronik. Jika salah sorang dari kita ni mempunyai 3 jenis bacaan darah yang lagi tinggi dari nilai 140/90 mmHg semasa tengah berehat tanpa bergerak dia mungkin buleh mendapat penyakit ni secara solo.

3 jenis bacaan ni bermaksud yang kita punya tekanan ni takdalah sama bacaan tu ja, sbb kadangkala kita naik basikal laju2 ka, tengah buat keja mungkin kita perlu pam darah yang lebih dalam tubuh melalui jantung kita dan dia akan meningkat ikot apa yang kita perlu la. Kiranya kalau kita pi jumpa doktor dia akan ambik bacaan tekanan darah kita tu seberapa banyak sampai dapat kita punya bacaan yang sebenar.

Tekanan darah ni yang aku dapat tengok melalui pembacaan aku dia ada 2 jenis bacaan iaitu - 120 /80 mmHg. Dimana -120 tu merujuk kepada atas tekanan darah pada arteri tu. Ia di panggil tekanan sistolik. Bacaan 80 tu plak bermaksud tekanan masa jantung kita berehat dari mengepam. Jadi masa untuk kita mengukur tekanan darah ni lagi baik pada masa kita rehat iaitu masa tengah baring atau tengah duduk.

Punca boleh terjadinya sakit ni tak dapat diketahui secara khusus tetapi cara untuk kita mendapat penyakit ni boleh disebabkan oleh banyak sebab gak la daripada pemakanan, dan lain2.

Punca lain plak mungkin faktor usia membolehkan seseorang tu mendapat penyakit ni, dan arteri tak dapat berfungsi dengan baik apabila semakin kita tua atau semakin umur meningkat.Oleh sebab tu tekanan darah kita akan meningkat dan membolehkan kita mendapat penyakit darah tinggi ni.

Dia jugak boleh terjadi disebabkan keturunan, mungkin keturunan kita ada yang mendapat penyakit ni tak kira sebelah ibu atau bapak, mungkin dari dulu lagi tok nenek moyang kita dah ada penyakit ni dan kita sebagai cucu cicit dia dikompemkan mempunyai peratusan yang tinggi untuk memboleh dapat penyakit camni.

Kalau kita tengok pada kajian orang cerdik pandai yang dah lama mengkaji benda ni, depa dah dapat tau yang penyakit darah tinggi ni boleh kita dapat daripada penyakit lain contohnya kalau sebelum ni kita terkena penyakit kencing manis dan dengan automatik kita jugak boleh terlibat dengan penyakit darah tinggi ni secara berduet.
Penyakit lain yang boleh menyebabkan kita dapat penyakit darah tinggi seperti buah pinggang, dan penyakit advenal.

Cara nak cegah dia seperti gambar di bawah




Pesakit kencing manis yang mempunyai darah tinggi.

No comments: