Pages

Monday, December 20

Broadband Luar Negara lagi murah?

Aku pengguna broadband dan pernah guna internet kabel, sapa lagi yang setakat la ni dok guna broadband dan internet dengan wayar.. jika kita di malaysia kita akan di caj dengan harga mengikut kadar yang di tetapkan oleh syarikat telekomunikasi di tempat kita sama dengan di luar negara jugak..

Adakah hampa semua tau termasuk kawan-kawan yang suka buat pala tau di luar sana yang broadband yang anda guna hanyalah isu yang kita tak pernah bangkitkan pasai apa kita bayar sebulan sebanyak harga disebut tapi mcam kita kena kencing ja bayar banyak tu tapi line sat-sat putus la,tukaq kabel bawah laut la. Jadi disini mai kita sama menyokong untuk turunkan harga supaya kita dapat menggunakan bil internet yang murah di malaysia dengan kadar yang sepatutnya..

So disini aku ada belek2 di 2-3 negara punya syarikat telekomunikasi dan aku terbaca di bahagian syarikat telekomunikasi yang besar juga di Philipine yang mana mengeluarkan pakej broadband di negara mereka dengan kadar yang murah tetapi berbaloi untuk dimiliki.

nak tak pasai apa aku kata berbaloi? sebab kelajuan 512Kbps hanya perlu membayar sebanyak RM70 ringgit dengan tiada had untuk penggunaan langsung. Anda bayar sebanyak RM100 duit kita semasa mendaftar dan pakailah berlambak mana pon dengan hanya RM70 setiap bulan dan kontrak 2 tahun.

Yang kedua syarikat TATA atau Bas yang anda selalu lihat zaman remaja bagi pembaca yang sudah uzur dan bertongka pasai kaki dah kena gout atau kencing manis serta bercermin mata setebal kulit limau barli akibat rabun sbab tak jaga makan ubat penyakit tu atau kepada abang-abang yang dulu rajin menyakat minah-minah kilang atas bas. Dia punya harga installation RM70 sekali bayaq sahaja. dapat free sebulan untuk guna broadband, bayar 2 bulan pertama terus dan kira tak yah bayaq la selama 3 bulan lepastu bayar sebulan sebanyak RM200 untuk kelajuan download 1Mbps dan Upload 1 Mpbs serta anda akan mendapat 1 Ip adress, 1 Alamat Domain, 3 user ID Personal Email dan juga Antivirus, tak payah2 nak beli antivirus dah lepas tu..semua pakej lengkap untuk makcik2 yang rajin beremail dengan anak menakan bleh guna.Itu untuk harga di Bangalore, India. Dia punya harga bil internet mengikut kawasan bandar mana kita dok.Guna la brapa banyak nak guna, download brapa banyak nak download, Main sampai muntah orang utara dok kata.


Sample Iklan Pakej Broadband Di Bangalore,India.

Di United Kingdom depa plak menggunakan Broadband Fibre Optik iaitu free installation dan 6 bulan 10Pound pada permulaan kemudian sebulan RM97.80@20Pound dengan kadar hadlaju 24MB, Unlimited Downloads, Media Security, Free Hub Wireless Router, Panggilan percuma ke seluruh UK pada hari minggu, Free Voice Mail.Syarikat Virgin.

Jadi sila fikirkan yang mana ok dan tak ok,sama ada satu hari kita akan disajikan dengan perkhidmatan yang mementingkan kualiti syarikat dan pelanggan atau masih ditakuk lama.

Fikir-fikirkanlah...

3 comments:

ahsfantasy24 said...

klw mhal tp brkualiti tu ok ag,
nei hrga xstimpal ngn liputan mmg
skit ati..huhuu~

amie said...

betul tu..nak buat camana..saya baru report pada pihak broadband sy ni, bila guna ja asyik putus2..padahal tak sampai lagi limit.ada 2 Gig lagi kot..huuuu..harap2 jangan pentingkan duit saja tapi harus tingkatkan kualiti baru buleh buat duit billion2

Anwar Suran said...

Murahnya! Kat malaysia nie yang agak murah juz celcom braodband kot.. tapi lembab macam... haaa cuummm! mujur terbersin haha

Entri terkini: Dihimpit Ketika Tidur
http://anwarsuran.blogspot.com/2010/12/dihimpit-ketika-tidur.html