Pages

Sunday, December 19

Movie Korea Paling Best- Descendants Of hong Gil Dong

Cerita ni kompem kena tengok. best tak boring campoq seronok dgn gambaq yg lawa dan aksi yang tak kering gusi dengan plak hero dapat marka gedik2 manja.Kalau marka minat wondergirl bole jugak tgk.ada sikit aksi spontan di harijadi.



Sinopsis: Keturunan pencuri dari seorang pencuri bernama Hong Gil Dong yang mana cucunya dari generasi ke 18 seorang pensyarah,isteri cucu dia ni suri rumah, cicit dia 2 orang seorang ni cikgu sekolah dan sorang lagi tengah skolah di tempat abg dia mengajaq.

keluarga depa ni turun temurun keja mencuri ja tapi jgn silap depa ni dok gak bedak bedak duit tu kat orang miskin. cerita ni bermula bila seorang kontraktor kaya yang rajin sabotaj pihak org lain dan amik alih syarikat depa lepas dia tipu beli saham syarikat tu. jadi geng2 Hong gil Dong punya cucu ni pon apa lagi reja dok balaih duit orang kaya ni la. dalam perjalanan depa membalas tu ada la kisah cintan yang lawah antara si cikgu iaitu cucu sulung hong gil dong ni dengan adik kepada seorang inspektor polis yang tak pernah makan rasuah sampai kan ada satu scene tu bini dia ada dapat sekotak buah limau dari orang tak dikenali pon dia tak pecaya kata dlm kotak tu ada buah limau..apa lagi..hampa mesti layan gelak la tengok kelaku polis ni.

Part menarik lagi bila adik dia putus cinta dan tengah2 malam cam rupa Ju-On dah rupa dia kat rumah sbb takleh tdoq asyik igt kekasih dia nak brake dgn dia, lepas tu adik pakwe dia ni plak dah pi kata abg dia nak putus sbb abang dia gay..haha.lagi haru biru lah jadinya..memang kita dah tau movie korea ni mesti pnuh dengan aksi-aksi yang boleh buat kita gelak berdekah-dekah sampai orang sebelah pon tertanya-tanya kita kena sawan babi ka hapa..

jadi pada yang nak tengok bolehlah ke kedai speedy video atau mencari di mana2 tempat yang sesuai untuk dapatkan cerita yang aku rasa sangat happening dengan watak2 yang memang gelak pecah perot tengok..aku rasa..dalam youtube pon ada..tapi mesti la tak puas tengok..movie ni punya shooting angle baik punya dengan warna yang memang superb dari kamera 2.0 megapiksel hpon aku ni.

ni aku letakkan sikit trailer dia yang aku dapat.



Trailer filem.




Aksi nyanyi ala wondergirl dalam movie ni

aku bagi 9/10 bintang pasai cerita ni.


Selamat menonton.

P/S : aku pakai cucu dan cicit sbb tatau nak boh apa dah sbb generasi kelapanbelas..takkan pakai cincai plak. :P

Tengok sila cover gelak dan sediakan tisu bagi yg sensitif.

No comments: