Pages

Tuesday, December 21

List Kereta Paling Pantas Di Muka Bumi 2010/2011

Kalau nak ditanya pasal part-part atau nama-nama kereta ni kompem aku fail sebab aku ni yang kenal perodua dengan proton ja, yang lain memang tak kenai langsung, zero sangat aku pasai kereta ni sebenaqnya. Kalau kawan2 sembang pasai kereta Lambokgini ka, pairari ka..mesti aku org yg dok diam2 dengaq ja la..kalau nak masuk campoq tu tobat lahom org kedah kata, mau dipaku bertubi-tubi cam pontianak suhaimi baba bak kata Hussin Hantu Kak Limah.

Jadi dengan artikel pasai kereta ni boleh la aku belajaq sikit-sikit dan pembaca pon boleh gak amik tau gak kot2 terserempak kat tepi jalam masa beli pisang goreng cicah sambal belacan ka, burger lebai yang termasyhur di Jitra tu ka tak pon masa tgh dok korek idung masa traffic light merah.

haritu bila aku balik daripada Pusat Membeli Belah di sebuah pulau di utara malaysia yang top dengan nasik kandaq tu on the highway aku tengah bawak kreta tu ada la aku kelebek side mirror aku tu tiba2 ternampak sebijik kreta yang mcm pelik tapi menakotkan dengan deruan enjin yang boleh membangkitkan orang kampong berjaya sambil bawak tongkoi kayu atau parang, terus aku panggey Matt Nash di sebelah sambey bertanya " Wei matt hang tengok belah kanan ni kereta apa ni lain macam ja",kata aku. Matt jawab " Giler Le' Man tu kereta ferrari tu, belakang tu yang dok cucuk angin dia tu Lamborghini model apa aku taktau la. Dalam hati aku dok kata " ni ka yg depa dok kata hebat sangat sampai awek tengok bedarah telinga kalau kuaq dari kereta tu ".

Sambil terngiang-ngiang di kepala hotak aku yang saiz ikot macam insan lain gak yang kereta jenis mewah lagu ni rupanya memang sempoi bila mai tayang kat orang sambil lepak di Kedai Gany Char Koey Teow iaitu port top untuk Mc Community melepak.

Disini aku bagi list yang aku dapat tackle masa usha-usha googledotcom dengan jobstreet laman pencari kerja tegar cam aku ni.

Ditempat pertama jatuh kepada pemilik kereta :




Bugatti Veyron : Kereta ni aku dok selalu dengaq dah kawan aku dok kata tapi aku tak penah p search pon kat memana, bangsa pemalaih cam aku ni memangla, keja dok bukumukadotcom ja hari-hari mau tak malaih lagi, berbalik kepada pasai kereta ni kelajuan dia mencicit cecah kepada 256 mph, dia bleh pi pada kederasan tu dari 0-60mph dalam masa 2.5 saat sahaja, Body aluminium dengan Narrow Angle 8 Liter W16 dengan enjin 1200HP. Harga dia USD1.7Juta.Jadi dia diletakkan pada tempat pertama sebagai kereta paling laju didunia.

Tempat kedua pulak jatuh kepada :




SSc Ultimate Aero : kereta ni aku tak pernah dengaq lagi 25 tahun aku hidup ni la first time kali aku dengaq nama dia. Dia mampu pecut pada 0-60mph pada 2.7 saat pada kelajuan 257mph dan harga dia murah 1 kali ganda pada harga USD654,000 sahaja. Dia ni pakai enjin jenis twin turbo all aluminium V8 pada kelajuan kuasa kuda 1183HP. Sebelum ni kereta ni merupakan pemegang no 1 bagi kereta terpantas pada 2007 dan untuk tahun ni dia telah di cantaih oleh Bugatti tadi.

Tempat Ketiga :




Saleen S7 Twin Turbo : Kelajuan dapat mencapai 248Mph pada jarak 0-60 dia dapat pecut dlm masa 3.2 saat.Engin Twin turbo all aluminium engin V8 seperti dengan nama dia la dengan kuasa kuda 750hp sahaja. Harga murah sikit USD 555,000. Kereta ni smooth dan bad ass bak kata orang puteh dan mungkin anda diluar sana termimpi nak milik kereta ni untuk berfoya-foya sambil tunjuk belang dekat Wiralution.

Tempat Keempat :



Koenigsegg CCX: Kereta ni adalah hasil buatan Negara Sweeden, Kelajuan dia 245mph dalam jarak seperti kereta di atas pada masa 3.2saat. Kekuatan enjin dia 806Hp sahaja
dia punya enjin plak V8 jugak.Harga USD 545,568.


Nilah hasil yang aku dapat, kereta yang bawah skali tu memang dibuat untuk fight dengan kereta-kereta di atas la terutama Bugatti tu tapi masih belum mampu walaupon kepantasan kuasa kuda dia lagi banyak daripada Saleen dan dia plak mahai gak dari kereta tu.

Jadi disini kita dapat info sikit sebanyak pasai kereta-kereta sport hasil dari negara-negara membangun macam Malaysia, mungkin 20Tahun lagi negera kita ni akan masuk carta kereta paling laju di dunia atau kereta sport yang menarik tertarik awek lentik kagom. Mana tau kan??

Jadi marilah kita sama-sama menuju ke wawasan 2020 dan buka mata orang di luar sana yang Malaysia Boleh! bukannya dikutuk macam masa dijajah dulu bila depa kata kita buat Jarum pon tak reti. La ni kita dah ada macam2 produk buatan Malaysia yang dah diterima pakai di luar sana.

2 comments:

-sollehahn- said...

veyron dah 3-4 tahun pegang takhta kereta paling laju...
n...sape kata ferrari/lambo laju?...kereta saleen tu diorang buat handmade, belakang rumah jer...selamba potong ferrari

amie said...

haha..sbb tu aku tulis aku ni zero bab2 kereta ni..ni first time aku kenal nama-nama kereta ni..kalau ada salah silap tolong bg tunjuk ajaq..wah3..sakan betoi belakang rumah hang ja depa buat bengkel kereta saleen tu, bleh la nanti mintak dia punya eksoz nak letak kat saga BLM aku