Dah 25 tahun hidup, harini aku dengar radio pasai benda ni..sebelum ni dok dengaq yang teruk2 ja cam buah pinggang,kanser, HIV, Jantung dan lain-lain.
Penyakit yang kita senang nak kena ni yang kita tak brapa nak amik peduli sangat dah. Asal pi kedai Amran Saudagar Milo yang selalu bancuh milo ais yang biasa pon sekali dia bancuh dia boh milo 21 sudu.tak tak order milo super dan milo KAW lagi..
Penyakit kencing manis ni adalah penyakit yang bila kita mempunyai kadar gula yang berlebihan di dalam darah kita. Menatang penyakit ni terjadi bila kita kekurangan hormon yang dinamakan insulin yang bila dia dah tak dapat nak tukaq gula tadi jadi tenaga pada badan kita. Insulin ni terhasil oleh pankreas yang terletak dibawah perot tak kira la perot tu dah busung ka,sit pack ka,tak pon cam orang dok panggey boroi tu.
Sapa pun buleh kena penyakit ni termasuk orang yang dalam keluarga dia dah ada yang kena penyakit ni sebelum umur 40 tahun dan keatas.Kira dah keluarga dia ada yang dah kena dia apa lagi risiko lagi besaq buak la..
Sebelum tahun 1921 ubat untuk kencing manis ni takdak lagi, jadi ubat yang diberi pada ketika tu ialah ubat untuk kawal penyakit ni dari merebak ja macam ubat depa dok bagi kat orang yang kena HIV tu la.
Jadi bagi yang masih ok lagi doktor dekat hospital tu akan bagi ubat untuk kawal penyakit ni dari teruk dan bukan setakat nak harap ubat ja, jangan plak dok gatai2 pi order teh tarik ka,kopi kaw-kaw punya, makan Cheese Cake Secret Recipe tu hari2.. yang tu memang kompem kerat kaki la tu.
Bagi yang dah teruk dah takdak ubat dah nak bagi dia akan dikenakan injection bak kata orang puteh.Kira balik jadi doktor sendiri lah bagi pesakit yg teruk tu,takyah makan ubat tapi kena inject pada kuantiti yang betoi la.
Jadi pada sesapa yang rasa dok telebeh amik gula hari2 tu,makan yang manis2 ka tolonglah cuba2 bawak sabaq skit,kurangkan gula dalam minuman dan tambah manis dalam senyuman. kalau yang darah tengah manis tu...kawin la banglong oi.
Jadi perlu kurangkan makan nasi,serbuk lada. Yang boleh bebas nak makan kari,rempah ratus.
Bagi yang GEMOK dan TEMBAM macam aku ni haaa..kenala eksesais skit, kurang makan benda berkarbohidrat cam nasi lemak yang aku baru hentam 3 bungkus ni ha tapi takpa aku lapik dengan ayaq kosong di campoq Quacker Oat.
Jadi kaki plak kena jaga gak.Kalau peredaran darah di bahagian kaki hampa tu tidak dapat mengalir dengan sempurna atau diganggu, ini boleh membawa akibat yang buruk dan mungkin boleh menghilangkan kaki hampa tu dengan sekali operate saja yang disebabkan oleh jangkitan yang melarat. Oleh itu, sentiasa perlu menjaga kaki anda
Jangan menyilangkan kaki masa duduk yang terlalu lama..mesti la rasa kebas kan nanti.
Jangan pakai kasut yang ketat
Sentiasa urutkan kaki anda
Tiap-tiap hari, berbaringlah dengan meletakkan kaki di paras yang lebih tinggi dari badan anda untuk beberapa minit.
Kalau dah gatai ada kencing manis lepastu takmau jaga lagi ada benda lebih buruk menanti anda di sana seperti :-
Buta
Kerosakan buah pinggang
Sakit jantung dan penyakit lumpuh
Darah tinggi
Penyakit saraf
Ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan. Ia tidak dapat merasai sakit, panas dengan itu boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari
Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan kehilangan kaki
Tidak sedarkan diri
Kalau tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut
Anda boleh mengelakkan akibat-akibat buruk ini kalau anda menjaga diri anda dengan baik
Mengidap penyakit kencing manis tidak bermakna anda hidup seperti dipenjarakan
Kalau anda ikut langkah-langkah dalam rawatan dan kawalan penyakit ini, anda boleh menikmati kehidupan yang penuh dan bahagia
Kawal penyakti kencing manis untuk menikmati kehidupan yang bahagia dan sihat
Kalau kaki takmau jadi lagu dalam gambaq di bawah ni bawak2 la mengurangkan gula,bukan apa nanti nak menyusahkan orang lain gak. dari susahkan orang baik kita susahkan diri untuk kebaikan kita.
Khidmat pesanan menjaga kesihatan ini disediakan oleh BelogApaSajaJadi. Mari sama-sama kita mengurangkan gula dalam hidup kita.
2 comments:
sbb anda blh cerita ttg kesihatan..masukkan lah info sebanyak mungkin ttg pelbagai penyakit
amat baik komen anda..mungkin kita akan belajar pasal penyakit2 yang lain selepas ni..silalah mengfollow saya di sini.
Post a Comment