Pages

Sunday, December 12

Hantu Kak Limah memang suka balik rumah??




Assalammualaikum..

Semalam aku dengan dengan encik An Udang Masak Ranum dan Encik Anip the FAmous Blogger Monkey In the World telah melakukan satu tugas yang mula-mulanya konpius bagi kami untuk pi menonoton cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah yang di gembar gemburkan oleh media di internet mahupon di kayu pokok yang di buat kertas dan di hantar ke kilang suratkhabar..selepas maghrib aku terus call ke pihak JMC Cinema untuk bertanyakan tiket..tanya punya tanya ada tayangan pkl 9-15,1050 dan juga 1230 tapi yang masih banyak kosong hanya pkl 1230..aik,,top sangat ka cerita ni?, dalam hati aku dok kata..ahh..beli ja lah kak nak 3 seat nombot 5 dari depan, "sori adik kami amik booking pasai cerita ni macam cucoq badak kak salmah,hot kot cerita ni..adik bleh mai beli sendiri na..".damn..dah boh nomot talipon untuk booking tiket watpa..aku memacu selajunya motor keluaran boon siung honda untuk membeli tiket..



Dikala bulan mengambang, jam menunjukkan pukul 12.15
Dengan rasa Dup Dap Dup Dap di dalam hati mula-mula menaiki kereta Bang Le'Man Pii Jauh aku tu untuk sampai ke salah satu pawagam yang terkemuka di Pekan Jitra ni yang dah ada wayang 3D dah untuk menonton cerita ni..dalam kepala kami penuh dengan telinga Monkey encik anip dok menyoal best ka cerita ni? buleh ka kita nak gelak sbb lawak atau nak gelak sbb cerita dia yang tah hapa hapa..

jadi dengan skali tekan punat tekan naik ke lift di mall kami tekejut..adakah di waktu 1230pagi di kala mat-mat drift tengah dok perengat enjin kereta depa ni pasaraya ini penuh dengan umat manusia yang cintakan filem..tatau la depa nak tengok crita melayu atau cerita bangsa penjajah..sokseksoksek baru aku tau yang rata-rata semua nak tengok cerita bangsa sendiri,seraya dalam hati aku berkata " buleh buat duit Mamat Khalid punya cerita ni"..dikala popcorn tengah dijual dimasa tersebut kami terpaksa menunggu lebih kurang 20 minit di mana bilik wayang punya lampu tu tak menyala-nyala pon suruh kami masuk..apa depa buat lama dlm tu taktau la..aku rasa sbb kumpul beg plastik yang berlambak sbb penonton gelak sampai termuntah popcorn aku rasa...

hahaa..berbalik pada sinopsis cerita ni..akibat masuk lambat dlm 30 saat..memula start aku dah jadi bengong..sbb ada zombie versi budak skolah kaki ponteng isap rokok tengah kena belasah dengan cikgu disiplin ala-ala crita omputeh..

dan baru aku tau rupa-rupanya orang kampong pisang tengah layan cerita hasil nukilan hassan muttalib di tv..hahaha..bleh gagah gak..tegelak sinis kami disitu..

dengan pulangnya hero dengan moto besaq sapa lagi tak lain tak bukan hero kampung yang tah mana dia pi lepas putus dengan anak tokey warung kg pisang tu..

disini bermula pengembaraan mencari puncanya hantu kak limah ni yang siang malam mengusik org kampung..dan paling style skali hantu kak limah ni suka menyanyi lagu "Enjit Enjit Semut"

sampai situ ja aku nak cerita..cerita sampai abis sat lagi semua pembaca takmau p tengok plak..

Aksi-aksi gelak sampai pecah menjarum dan bedarah hidung ialah :





Gambar diatas ialah scene yang perlu anda sediakan ayaq secukupnya sebelum anda gelak.

apabila orang kampung tu nak cerita sesuatu : yang lain akan cakap..cecite..cecite..

adengan johan raja lawak memakai tudung saji untuk dibuat seluaq..

cakap besaq tok penghulu yang akibatnya lari lintang pukang dan di sampuk hantu kak limah..

Selingan nyanyian Abu Humairah dan Usop dengan aksi selamba..


Nyanyian Hussin dan selingan ahli pancaragam Zombie Kg Pisang...

Willy motor roda tiga oleh Johan raja lawak bila kena ligan dengan hantu..


Gambar diatas akibat lalai dan jangan berhenti di tengah jalan..


akibatnya??

Usop yang telah eksiden dengan mesin menggembur tanah sawah akibat kebodohan kedua belah pihak yang memandu ketika menggunakan talipon tangan dan juga usop yang tengah bukak...

Dialog best : hantu kak limah lagi gerun dari hantu pontianak suhaimi baba..part two one..baru lepas tengok filem razak mohaideen

Part paling best bila ada scene,,Nang Nak,Hantu Kopek ..

Jadi..samalah memajukan filem malaysia dengan melaburkan duit anda untuk membeli tiket wayang..tanpa penonton yang menyokong tiadalah filem yang hebat - hebat dapat dikeluarkan pada masa akan datang..jadi..majulah industri filem yang penuh dengan kisah baik dan teladan yang baik untuk jadikan panduan untuk rakyat malaysia.





Bintang yang dituju laju-laju ke muka Mamat Khalid : 8/10 (Anda dan movie anda memang gila 2 hari dah dapat RM1.2JUTA-dari Kosmo).

3 comments:

Unknown said...

bro,cita nie mmg best..harap2 jagan macam filem 2 alam..2 minit tengok dah boring..hahaha.penat ja tunggu 2 .3 bulan..hahahh

mizan said...

memang best..tak percaya beli tiket dan tengok, tak puas hati boleh tengok 2-3 kali..kompem puas..ramai yang batok2 dlm panggung tu sbab gelak banyak sangat.

Fello de Caminero said...

itu laa pentingnya English education..