Pages

Thursday, December 16

Filem 3D pertama Malaysia

Selalu kita dengaq Toy Story in 3D, Twilight yang baru tu aku tatau nama apa pon buat 3D, baru2 ni plak Narnia dalam 3D lagi 2 taun.....jeng jeng jeng..betol betol betol.


Sapa kata org puteh saja bleh buat filem 3D...kita pon buleh la.la ni semua buleh, dlu masa bangsa penjajah mai ramai kata org melayu buat jarum pon tak reti. la ni semua ada,kreta ada,angkasawan ada la movie 3D pon dok ada dah.

Seperti yang sedia maklum gegaran terasa bila kita dok dirumah pada bulan posa taun lepas kan? mana tak nya..semua pakat2 nak kalih p chanel TV9..apa lagi tgk Upin Ipin la.

Lepas dari drama tu depa bawak keluaq Filem Geng: Pengembaraan bermula yang mencetuskan fenomena daripada adik2 sampai tok nek tok nek.. Heboh habis sampai mencapai rating paling tak sangka bleh lawan cerita Sembilu. RM6.3 Juta depa dok kutip masa tu.

Mai nak cerita skit pasai cerita Geng : Pengembaraan Bermula di India, Movie ni masuk India Baq Hang. Kata seorang pakar Movie India "Filem ini merupakan salah sebuah filem blokbuster terbesar di Malaysia dan ia merupakan filem Malaysia pertama ditayangkan di India. Jadi, bagi kami ia adalah membawa masuk kebudayaan Malaysia ke India," ujar pengerusi Ken Films, Aneesh Singhal.

Menyentuh mengenai potensi filem itu dalam di India, tegas Aneesh, "Walaupun ia merupakan sebuah filem dari Malaysia tetapi kami telah merancang untuk melancarkan dengan matlamat menjadikan ia suatu produk global. Filem itu memiliki citarasa Asia. Bila kamu menonton filem itu nanti, kamu akan melihat banyak karakter bangsa-bangsa yang ada di India seperti Sikh dan Tamil."

Tambahnya: "Filem ini sangat berbeza berbanding filem animasi lain. Biasanya filem animasi lain dihasilkan berdasarkan karakter mitos di India, tetapi Geng dihasilkan berlandaskan kebudayaan India dan Asia."

Ada lagi orang Indonesia pon hari2 dok cakap betul,betul,betul dah sejak menggemparkan Indonesia lebih dari pada kisah Ariel Peterporn.

Pada masa lalu depa nak bawak keluaq movie dengan tajuk Upin Ipin Angkasawan tapi sebab nak tayang kat Indonesia dan Malaysia depa buat 2 tajuk.

Ni petikan daripada orang Les Copaque

Menurut pengarah kreatif filem tersebut, Muhammad Usamah Zaid Yasin, pihaknya kini sedang menjalankan penyelidikan tentang teknologi streoscopic bagi membangkitkan kesan 3D ke tahap optimum.

"Laksanama Upin dan Ipin bakal menampilkan Upin dan Ipin menerokai lautan serta memerangi cabaran dan rintangan yang dihadapi.

"Terdapat elemen-elemen dan suasana kisah pengembaraan lanun, menjadikan ia sebuah filem aksi pengembaraan yang sangat menarik untuk ditonton oleh semua peringkat umur.

"Kami juga berazam untuk menjadikan Laksamana Upin dan Ipin sebagai filem animasi 3D streoscopic yang pertama di Malaysia," katanya pada sidang media filem itu di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam baru baru ini.

Jelasnya, terdapat beberapa perubahan pelakon suara dalam musim ini kerana pihak produksi sebenarnya berusaha untuk memberi ruang kepada bakat bakat baru dalam siri Upin dan Ipin.

"Pihak kami sememangnya sentiasa mencungkil bakat dan memberi ruang kepada bakat-bakat baru dalam siri Upin dan Ipin untuk berkembang, "ujarnya.

Watak Upin dan Ipin kini dibawakan oleh adik Asyiela Putri Azahar, Mei Mei (Tan Ying Swork), Cikgu Jasmin (Nurul Huda Sharabuddin) dan watak sampingan Dzul dan Ijat dibawakan oleh Mohd Amirul Zarizan dan Muhammad Izzat Ngathiman,".

Jadi dengan terteranya semua perkara diatas akan muncul movie pertama malaysia dalam 3D

Sehubungan itu, filem Malaysia tidak terkecuali bakal mengaplikasi teknologi 3Dtersebut. Bakal mencipta sejarah itu ialah filem kedua menampilkan watak animasi popular, Upin dan Ipin yang kali ini diberi judul, Laksamana Upin dan Ipin.

Jadi sama-sama kita tunggulah, lambat lagi nu..2012 mungkin baru nak tayang.
Artikel tambahan tajuk Upin Ipin Versi Malaysia dan Indonesia bertajuk :Laksanaman Upin dan Ipin. Sebelum ni nak dibawa masuk sebagai tajuk Angkasa ke Indonesia tetapi oleh sebab rakyat indonesia tak berapa suka kemodenan sangat jadi Les Copaque buat movie yang beracuankan Malaysia sebetoinya.

filem bertajuk angkasa patot dilancarkan di malaysia dan indonesia pada tahun depan dan di india akan ditayangkan Upin Ipin : Mahatma Ghandi(tajuk yang dok ada la ni kalau tukaq aku taktau la)

Poster yang dah ada dan di hentikan sebentar seperti dibawah





Mai kita layan dlu video ni dari Indonesia oleh band Padi untuk Upin Ipin Indonesia.

2 comments:

Apih El Nino said...

Lama tak dengar kisah Padi band last-last kuar dengan lagu Upin Ipin ni. Padi rocks!

mizan said...

haah kan, last skali cam lagu menanti sebuah jawaban tu ja.. :P