Aku suka design ni bila tiba time april fool bleh pekena kengkawan yang kelahiran Boston, kalau belah MAlaysia ni depa kena buat notepad jenis sambai belacan ka, nasi lemak ka baru steady sikit nak prank..
Piano ni plak notepad yang dikhususkan untuk yang amek kerja khusus untuk bermain piano, jadi adik adik yang belajaq di Yamaha Muzik bulehla beli buku notepad untuk buat kod "tauge" kat dlm notepad ni masa belajaq ka takpon dok buat lagu kat marka.
Yang ni plak khas untuk yang jenis pantang lepa nampak dinding kat memana tak pon pintu toilet nak tulis nombot amoi cun pandai kangkang dan sebagainya, mungkin boleh menghilangkan ketagihan anda disini, jadi takda la dinding kat malaysia ni penuh dengan ayat lucah dan nomot talipon saja..
Segitiga punya notepad nih plak dah buleh adik-adik asah bakat dalam matematik untuk mengenal paksi-paksi yang ada, student poli a.k.a budak-budan engineering pon bleh pakai, termasuk jugak makcik yang dok kat umah keja depa dok menjahit baju dan tiba-tiba pembaris ilang, bleh pakai natang nih.
Yang ni aku tak berapa berani nak tunjuk tapi tunjuk gak la cuma jangan gunakan di atas jalan raya, anda mungkin akan ditangkap dan dimasuk ke dalam lokap kalau guna notepad nih.
Kepada peminat sukan atau Coach sukan tak kira la bola keranjang ka, bola sepak ka, bola baling ka, boleh melakukan lukisan taktik untuk pasukan anda ketika berlawan dengan geng taman sebelah atau pon kampong belah pida 9 kot nu.
Yang ni plak untuk kaki gila gadget yang tak jailbreak depa punya ipad tapi nak mengebat jugak, kalau yang ni hampa boleh guna pasai kalau nak beli kat Apple punya website untuk application tu sumpah mahai nak mampoih siap kena convert segala bagai duit kita pi ke duit geng penjajah nu. Jadi bolehlah buat tulis surat rasmi untuk letak jawatan ataupon buat power point pakai neh, lepas tu lekat kat depan kelas atau bilik mesyuarat masa nak buat pembentangan projek Juta-juta hampa tu.
So, ni saja yang buleh aku adjust bagi hampa berminat sikit nak tengok dan baca, dah lama aku tak letak gambaq dan komen skit pasai gambaq-gambaq yang aku letak ni, so apa lagi. Rajin-rajin la tawaf belog aku nih.
No comments:
Post a Comment