Pages

Tuesday, March 8

Tombol Pintu Yang Sempoi.

Kepada yang tinggal bujang dan bekerja, memang sesuai untuk anda yang dok rumah bujang dan tiap sorang dok satu bilik dan pentingkan keamanan selepas kerja.

Jadi kalau guna salah satu tombol pintu ni mungkin kawan-kawan takkan mengacau atau mengganggu anda.

Sesuai jugak bagi sesapa yang lebih suka bersendirian didalam bilik dan lebih suka kunci pintu tanpa sapa pon boleh bukak pintu tu.

Mai aku share pintu bersama beberapa cerita pasai tombol tu.


Disappearing Door Handle



Yang ni yang aku kata tadi, bila kita dok dalam bilik, dan kunci pintu guna tombol nih, tombol yang kat bahagian luaq tu akan disimpan dan takkan nampak langsung tombol tu..jadi kawan-kawan atau mak ayah takkan dapat menggagau nak cari tombol untuk pulas bagi pintu tu boleh bukak.

Tombol Klip



Yang ni biasa sikit dan mungkin memudahkan mak bapak yang ada anak ditinggalkan dirumah pagi2 nak pi keja dan nak pesan apa2 bolehla lampirkan surat layang kat tombol pintu ni.Tinggal not RM50 dalam sepuloh keping pon boleh lagi aku
rasa...hehehe.

Glass Globe Door Handle


Ni plak tombol pintu yang mana boleh tengok org dalam bilik dan diluar bilik..kira takyah nak tebok lubang dah la kat pintu tu..dua-dua bole nampak.

Numlock Handle



Yang ni yang aku cakap tadi, bagi yang rasa tak mau bagi sapa masuk bilik boleh la pakai numblock handle ni dimana boleh set dia punya security number,dan bila penjahat nak masuk pon dia kena jadi pandai sikit.

Intuitive Door Handle




Pernahkan kita jumpak pintu yang ada tulis Push dan Pull bila nak masuk atau keluaq dia tulis salah satu perkataan tu, jadi tombol ni pon dicipta macam sistem tu gak. Jadi pada yang berminat cam besa bole klik pada nama jenis tombol nih, kalau tadak link utk ke web seterusnya tu maknanya aku cari tak jmpa la dia punya tutorial pasai tombol nih.Sistem yang dia buat nih macam puzzle.

JAdi camna? ada yang berkenan di hati? Pakat-pakat la ajak mak ayah p kedai hardware atau kedai kat atas MidValley tu..hehe..dulu time rajin datim di sana memang aku rajin masuk satu kedai kat Mid Valley yang ada jual tombol pintu ni,suka tengok tombol pintu yang kena Cap Jari dulu baru boleh pulas utk bukak pintu.Agak-agak yang tombol jenis niat dulu pintu bole bukak sendiri ada dak? Cam crita Ali Baba Bujang Lapok tu.

1 comment:

Abang Zam said...

sangat bijak..M'sia takdak nih...