Pages

Monday, April 4

Trend Zaman Sekarang.

Banyak sangat dah dok nampak dijalanan,laman social,shopping complex dan beberapa laman di internet.

Trend budak muda zaman la yang paling meletop ialah yang jenis membuat orang ramai mengusha mahupon mengata..terpulang pada empunya diri. Bak kata kawan-kawan..minat masing-masing.


Menulis Blog

Satu trend baru daripada adik umur 12 tahun kepada nenek-nenek sekarang pon dah ada blog tak kira jenis free ataupun berbayaq,dari cerita pasai diri sendiri kepada menjual diri. Semua boleh dapat la nih dalam blog..Apa yang penting sebelum menulis blog jika anda jenis yang tak pandai berpuitis dalam blog dan hanya tau cerita perihal hobi menghabiskan duit mak ayah mestilah disertakan dengan paras rupa cantik menawan, body solid,banyak duit dan yang penting tempat yang anda pi tu mesti hot..Lagi contoh untuk yang memang cerita pasai diri adalah tempat makan, penuh dah aku tengok orang cerita pasai pi makan dengan kengkawan,sambil makan amik gambaq then upload dan berpanjang jelalah depa melalak sambil buat orang melopong tengok dan akan penuh bahagian comment di bawah tu dengan ayat.. "tengah makan pon nampak comel lagi la u ni..." Jadi di sini..anda perlu hot chick dan hensem jika IQ anda rendah dan ingin berblog.
2.Berblogging sambil memplagiat hak milik orang lain,yang ni yang paling hot sampaikan orang yang nak buat blog tu sanggup copy paste sepenuhnya hak cipta daripada blog orang lain, ramai sudah yang kena dan maki hamun di blog pasai orang pedajal blog depa.
3.Jika tidak hensem anda perlu mementingkan gaya untuk berblog dengan membuat penulisan yang menarik dan dapat memenuhi isi hati segala kaum di muka bumi nih,daripada mengata,memaki,memberi maklumat,bagi nasihat dan segala bagai..jika pembaca masih tidak terasa lagi dan ruangan komen tak lebih dari 10komen dalam masa 5 minit blog anda tidak panas macam penulisan anda.
4.Habih dah hampa takdak apa benda sangat nak cerita, bolehlah buka semua paper yang ada di internet nih dan copy paste saja berita yang gempak-gempak tu...jadi lagi ramai akan datang ke blog anda dari membuka dan membaca di suratkhabar.
5. Trend blog menjual segala macam jenis dari tudung,baju,seluar,skirt sampai pakaian dalam, kadang-kadang ubat menguatkan batin jugak ada.



Trend Kayuhan Sihat Tubuh Badan

Trend ni mula menggila di Malaysia dengan jenis basikal bukit dan basikal turun bukit, sesuai untuk golongan usia beranak 3 mahupon perot boroi akibat makan kenyang hari-hari.Yang paling senang sesuai untuk umur di antara 18 tahun sampai 70 tahun itu pon kalau masih punya keringat yang kuat.
Trend Kayuhan kedua ialah basikal pereweng mampoih yang kini memang hangat dipertontonkan kepada remaja di luar sana yang mementingkan gaya daripada basikal sendiri. Gaya itu penting bagi mereka yang tidak punya ilmu pasal undang-undang jalan raya. Jika nampak di jalan remaja yang mengayuh basikal yang seakan-akan mirip basikal racing atau senang di panggil roadbike tapi tiada brek, itulah basikalnya, dan golongan ni ada berjenis-jenis jugak daripada yang mementingkan keselamatan diri dengan memakai kasut bertutup,lampu hadapan dan belakang serta berhelmet..walaupon basikal beribu-ribu tapi jika keselamatan tak menjadi keutamaan pon tak guna jugak, mungkin hidup anda akan berakhir di bawah tayar.
Trend basikal pereweng mampoih kedua adalah jenis hanya berselipad mengayuh basikal keliling kotaraya tanpa mementingkan pengguna jalan raya yang lain, berlagak pandai dengan mengayuh di tengah-tengah jalan 3 lorong, lampu isyarat berhenti masih lagi tak berhenti, jika jumpa jenis ini, mungkin anda boleh buka tingkap dan tunjuk jari tengah anda sahaja.
Trend ketiga adalah basikal Road Bike, yang ni jenis yang amat sesuai untuk segala jenis golongan,boleh meronda di kota mahupon di desa pasai basikal ni punya gear yang boleh buatkan anda berehat ketika mengayuh terlalu lama tanpa perlu berhenti di tepi jalan lain daripada basikal pereweng mampoih yang basikal dikayuh tanpa boleh dihentikan.


Trend Mat Drifter

Menggunakan kereta murahan tapi dibuat lebih daripada harga kereta itu sendiri daripada sistem eksoz, rim 17,enjin dan lain-lain barang, maaf dari segi hal kereta saya memang fail,yang saya tau, start kereta,isi minyak dan p jenjalan saja,cukup time p servis,tak cukup duit balik bungkus di rumah diam-diam. Kereta jenis drift ni memang akan membuatkan gadis lentik dan hot serta berwajah opera cina akan melentik dan mengenyit mata kepada anda, mungkin jika anda minat dengan gadis-gadis litar anda boleh masuk ke golongan ini tidak kisah walaupon muka anda pecah rumah macam saya.


Trend Mat Gadget

Yang ni kurang mendapat sambutan sedikit sebab tergolong kepada banyak jenis,daripada gadget komputer,talipon bimbit dan segala yang lain tapi aku bagi 2 jenis saja untuk di ceritakan.
Mat komputer, jenis ni boleh nampak di forum-forum lowyat menikmati serta melayan mata dengan barang-barang baru nak keluar untuk membuat komputer mereka sangat laju dan kaki game saja yang amat minat pasal benda nih, jika anda buat komputer sampai harga rm8K pon tapi jika on semata-mata nak main facebook dan berskype, saya rasa simpan saja duit anda itu untuk keluar berdating dengan rakan gebu hasil ayat manis di facebook anda tu.
Mat Handpone, jenis ni boleh di jumpa di kedai henpon dan jugak di forum serta website yang memberi maklumat daripada jenis software yang paling latest,application yang lebih sempoi seiring dengan keegoaan pemunya talipon tersebut,jika anda punya barang yang paling gempak andalah juara dan boleh berlagak cool dengan kawan-kawan anda.. Aku termasuk di kategori ni sebab aku memang minat talipon terutamanya talipon sony ericsson w660i yang boleh main internet serta download lagu secara free..bukak youtube saja takleh,hampeh betoi..haha..

Trend DSLR

Yang ni memang dah terbukti tak kiralah daripada di dalam teksi, komuter,lrt,toilet,tempat persalinan baju di kedai hari-hari malah mungkin jugak di char koey teow pak ghani. Trend DSLR ni memang amat penting, penting untuk menunjukkan anda ada kamera mahai, amik gambaq sambil sebut ayat "ewwwww"(jika anda sebut ayat ini mulut anda akan muncung kedepan seperti itik,tak pecaya? Sila cuba)..Pada yang memang minat DSLR ni termasuk abang-abang photographer atau akak akak genit yang suka mengambil gambar pemandangan yang baik dari segi kekeluargaan iaitu di hari jadi,hari perkahwinan mahupon hari lebaran dan membuat income daripada skill mengambil gambar dan memotoshopkan gambaq tersebut..

Ni saja beberapa trend zaman la ni yang aku rasa berpatutan untuk ditulis,kata lebih-lebih pon tak guna gak, jadi orang hot rajin kata "Minat masing-masing.." kalau dah minat masing-masing, gunakan minat itu kejalan yang betul dan tidak menyusahkan orang lain.Sekian pesanan penaja..Prudential. Jika inginkan insurans akibat di bantai ketika mengayuh gerek,membawa kereta dan melanggar bontot kereta dihadapan,mengambil gambar orang sedang bercengkerama dan dibaling tunggol kayu di kepala, boleh mendaftar insurans dengan segera.

3 comments:

Abang Zam said...

kahkahkah...aku tak perasan sangat trend belogging tu..sebab aku baru 1 bulan belogging..hahaha

nice weh!

ivan said...

yeap. betul. aku paling menyampah blog yang banyak gambar sendiri bersama rakan-rakan depa makan sambil buat mulut 'ewwwww'.

tak boleh ke depa buat blog yang boleh buat manusia lain berfikir?

mizan said...

the femes abang : hahaha..aku pon baru 5 bulan berblogging nih..tapi hang punya peminat lagi ramai dari aku walaupon hang baru sebulan..

ivan : terpulang pada masing-masing punya blog nak buat cerita pasai apa..maybe pembaca pon ada taste sendiri nak belaajaq amek tau pasai hidup orang lain yang lagi perfect dari diorang..jadi sebabtu aku tulis "Minat masing-masing.."