Pages

Tuesday, April 5

Siapa Sebenarnya Usop Wilchair Hantu Kak Limah?




Usop Wilchair yang femes dengan tangan melayang akibat pi menari bersama kementerian kebudayaan di luar negara selama seminggu dan sampai sekarang tangan masih lemah gemalai camtu lagi..sapa tak kenai usop yang sangat femes dalam filem Zombie Kg Pisang mahupon Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Macam satu fenomena,dari adik kelas alif bata sampai pakcik kedai kopi akan guna skrip yang dipakai oleh usop ni dalam filem HKLBR..macam satu fenomena baru,cerita yang dibuat mungkin tak sampai RM2 juta tapi keuntungan berlipat kali ganda sehingga RM8Juta





Berkenaan dengan USOP atau SHY8 atau dengan nama penuhnya Syed Mohamad Asri pernah menjadi Yang Dipertua Prostar negeri Perak, penulis lirik dan penyanyi lagu untuk Hari Aids bertajuk Terasing Di Bumi Sendiri. 


Ketika menjadi YDP Prostar ni lah kali pertama dia berkenalan dengan Mamat Khalid otai Kuala Kangsar yang mana pernah menjadikan SHY8 ni pelakon untuk beberapa filem hot yang jugak kategori drama pada mulanya bermula dari skill bahasa perak. 


Sapa pernah tengok drama paling hot masa sukan komanwel kat Malaysia dulu? Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel, lakonan Hantu Kak Limah sendiri bersama orang kampung dia yang mana Shy8 ni berlakon, drama Abang Awe,Arbaie Bujang kembali..ni beberapa drama yang mana Shy8 ni berlakon dan start dari filem Zombie Kg Pisang nilah yang kita tau dia mula meletop dengan hasil ilham tangan gemah gemalai tersebut daripada diri dia untuk menyerlahkan diri dalam filem tersebut disamping artis top yang lain macam Awie, Que Haidar, Ac Mizal dan lain-lain.


Jika anda nak tau SHY8 ni kini bekerja di satu syarikat besaq bernama Tanjung Offshore Berhad di mana dia adalah Pengurus Korporat Dan Komunikasi di syarikat tersebut, syarikat yang aku rasa gah jugak pasai syarikat ni adalah syarikat Oil &Gas, gaji memang sangat lebat kalau kerja di syarikat camnih..tapi untuk aktiviti terluang dia memilih menjadi pelakon pembantu untuk membantu Mamat Khalid di dalam filem ZKP dan HKLBR dan jugak mungkin akan ada filem baru sambungan Hantu Kak Limah ni, ni saja beberapa biodata pasai encik Syed Mohamad Asri nih yang sekarang berusia 46 tahun. 








Caption Gambar Diatas Bersama Maskot Avatar Ni : sian deme berdue ni... sesat kat the curve... so awak nunjukkan le jalan kat deme.... nasib baik deme paham skill bahasa kebanggaan perak awak ni... huhuhu.

Memang tak kering gusi aku tengok facebook si Usop nih..memang tak boleh buat pecah perot habis. Jika anda orang perak, anda patot berbangga dengan skill bahasa perak anda.

3 comments:

hana said...

huhu..
die mmg lawok...
hahha

Abang Zam said...

die awesome doh! hahahaha..

mizan said...

hana : memang sangat-sangat lawak...

abang zam : awesome dan kebabom.